Kunci kembara (BT7085/QT4070 sahaja)
Anda boleh mengunci perkakas apabila anda mengembara. Kunci kembara
dapat mengelakkan perkakas daripada dihidupkan dengan tidak sengaja.
Mengaktifkan kunci kembara
1
Tekan dan tahan butang hidup/mati sekurang-kurangnya selama 6 saat.
Paparan menghitung mundur dari 3 hingga 1. Kemudian simbol kunci
,
kembara muncul pada paparan untuk menunjukkan bahawa perkakas
telah terkunci.
Menyahaktifkan kunci kembara
1
Tekan dan tahan butang hidup/mati sekurang-kurangnya selama 6 saat.
Paparan menghitung mundur dari 3 hingga 1. Kemudian simbol
,
kunci kembara hilang daripada paparan untuk menunjukkan
bahawa perkakas kini tidak berkunci.
Nota: Kunci kembara dinyahaktif secara automatik apabila anda menyambung
perkakas kepada sesalur kuasa.
Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol, petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau apa-apa cecair
lain, atau membilaskannya di bawah paip.
Ruang pengumpulan rambut
1
Matikan perkakas.
2
Buka penutup ruang pengumpulan rambut.
3
Keluarkan rambut daripada ruang pengumpulan rambut dan/atau
keluarkan rambut menggunakan berus pembersih yang dibekalkan.
BAHASA MELAYU
61