BAHASA MALAYSIA
Barbeku arang LILLÖN
AMARAN
Kegagalan untuk membaca dan mengikuti
manual dan amaran keselamatan di dalam ini
mungkin boleh mengakibatkan kecederaan
fizikal yang serius atau kematian, atau
kebakaran atau letupan yang menyebabkan
kerosakan harta benda. Simbol keselamatan
(
) akan merujuk anda kepada maklumat
keselamatan yang penting.
Produk ini untuk KEGUNAAN LUAR BANGUNAN
SAHAJA. JANGAN SESEKALI gunakan di
ruang tertutup seperti bangsal kereta, garaj,
beranda, atau di bawah apa jua jenis struktur
atas.
Gunakan barbeku ini hanya pada atas
permukaan atau tapak rata yang tidak mudah
terbakar.
Mengisi barbeku sepenuhnya dengan arang
tidak disyorkan.
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang
panas dengan tangan yang tidak beralas.
Jangan gunakan di dalam bangunan. Jika
digunakan dalam bangunan, wasap toksik boleh
terkumpul dan menyebabkan kecederaan fizikal
atau kematian.
Gunakan hanya di luar bangunan, di kawasan
berpengudaraan baik. Jangan gunakan di dalam
garaj, bangunan, atau mana-mana kawasan
yang tertutup.
Pastikan barbeku dipasang dengan betul
mengikut arahan yang disertakan.
PERHATIAN! Berbeku ini tidak harus digunakan
di bawah binaan atas yang mudah terbakar.
PERHATIAN! Barbeku ini akan menjadi sangat
panas. Jangan cuba untuk memindahkannya
ketika ia sedang digunakan.
AMARAN! Jauhkan kanak-kanak dan haiwan
peliharaan daripada barbeku ketika ia sedang
digunakan.
Apa-apa pengubahsuaian barbeku ini boleh
membahayakan.
Jangan biarkan barbeku ini tanpa pengawasan
apabila digunakan.
Sentiasa ikuti arahan penjagaan dan
penyenggaraan - dan senggarakan secara tetap
barbeku anda.
Pastikan barbeku berjarak seminimum 1 meter
dari benda atau struktur mudah terbakar apabila
anda menempatkan barbeku tersebut.
Jangan tambahkan cecair nyala atau arang
yang telah menyerap cecair tersebut untuk
memanaskan arang.
Jangan keluarkan abu sehingga semua arang
hangus sepenuhnya dan barbeku tersebut sejuk.
Jangan memakai pakaian berlengan panjang
atau longgar apabila menggunakan barbeku.
Jangan gunakan barbeku ketika angin bertiup
kuat.
Buka penutup ketika menyalakannya dan untuk
memulakan barbeku.
Jangan sentuh barbeku dengan tangan anda
untuk memeriksa jika ia panas.
Jangan gunakan air untuk mengawal nyalaan
atau untuk memadamkan arang.
Sentiasa padamkan arang apabila anda selesai
memasak.
Sarung tangan barbeku haruslah sentiasa
digunakan ketika memasak, menyalakan
atau melaraskan pengudaraan dan ketika
mengendalikan barbeku.
Gunakan peralatan barbeku yang betul ketika
memasak.
Jangan buang arang yang panas di kawasan
yang boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Jangan simpan atau menutup barbeku
sehinggalah barbeku sejuk sepenuhnya.
Barbeku ini tidak direka bentuk untuk
penggunaan di kenderaan rekreasi atau bot.
Barbeku ini tidak boleh digunakan sebagai
pemanas.
AMARAN! Jangan gunakan petrol, spirit atau
cecair nyala untuk menyalakan atau menyalakan
semula barbeku! Gunakan hanya penyala api
yang mematuhi EN 1860-3 (Eropah) atau yang
mematuhi standard kebangsaan bagi negara di
luar Eropah.
Jangan benarkan gris, lemak atau sisa makanan
terbina di dalam atau di atas barbeku - RISIKO
KEBAKARAN.
Jangan gantung bahan yang mudah terbakar
daripada rel tangan barbeku ini.
Sentiasa gantikan bahagian yang lusuh - jangan
gunakannya jika ada bahagian yang rosak.
Jangan letak makanan yang berlebihan pada gril
memasak - jarakkan makanan dengan sekata di
atas permukaan gril.
PENTING - Pastikan barbeku diletakkan di atas
tapak yang rata untuk memudahkan lemak/gris
dihilangkan.
68