dan tidak lagi membentuk manik-manik kecil di
atas permukaan, itu menandakan yang perabot
yang terdedah pada persekitaran yang terbuka
tersebut perlu diwarnakan semula.
Bagaimana mewarna semula
Pilih tempat teduh untuk membersih, mewarna
semula dan biarkan perabot kering. Elak cahaya
matahari terus.
1. Lap bersih dengan kain lembut dilembapkan
dalam air dan cecair lembut bersabun, jika
perlu. Lap kering dengan kain yang bersih dan
kering. Guna berus lembut untuk tanggalkan
kesan degil. Jika perlu, empelas permukaan
dengan kertas pasir bergred halus. Pastikan
empelas pada arah ira. Jangan guna sabut
keluli atau berus bulu kejur logam - kepingan
logam boleh terperangkap di dalam kayu
dan berkarat. Jika serat kayu timbul selepas
membersih, empelas permukaan dengan kertas
pasir halus.
2. Goncang botol dan sapukan salutan pewarna
nipis, rata pada perabot menggunakan berus
atau span. Sapu pada keseluruhan permukaan
segera dan pada arah ira.
3. Perwarna berasas air mengering cepat dan
pastikan lap terus lebihan dengan kain kering
selepas penyalutan.
Basuh berus dan tangan anda dengan sabun dan
air.
Menyimpan:
Sebelum menyimpan perabot anda, bersihkan
dan keringkannya sepenuhnya. Jika boleh, simpan
perabot luar anda di tempat yang dingin dan
kering di dalam rumah. Jika disimpan di luar,
tempatkan perabot di bawah bumbung dan tutup
dengan sarung perlindung. Jika perabot dibiarkan
tanpa dilindungi dari hujan atau salji, pastikan ia
dilindungi dengan sarung kalis air dan jika boleh,
condongkan perabot untuk memudahkan air
mengalir keluar. Selepas hujan, lap lebihan air -
terutamanya dari permukaan rata. Biarkan udara
beredar, untuk mengelakkan lembapan dan kulat.
73