Philips ErgoFit FC9254/02 Manuel De Instrucciones página 56

Ocultar thumbs Ver también para ErgoFit FC9254/02:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 15
Bahasa MElayu
56
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
Bateri bagi kawalan jauh pada pemegang disediakan bersama perkakas. Masukkan bateri ke dalam
petak bateri sebelum anda menggunakan perkakas. Bateri akan tahan selama sekurang-kurangnya 2
tahun.
1
Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan skru tudung petak bateri (1) dan menanggalkan
tudung petak bateri (2) (Gamb. 4).
2
Masukkan dua bateri alkali 1.5 volt AAA ke dalam pemegang. (Gamb. 5)
Nota: Pastikan kutub - dan + bateri menunjuk ke arah yang betul.
3
Pasang semula penutup petak bateri dan ketatkan skru dengan pemutar skru.
Perkakas kini sedia untuk digunakan.
Bersedia untuk menggunakan
Memasang gegenggam tangan
1
Pasang gegenggam tangan pada tiub teleskop ('klik'). (Gamb. 6)
2
Untuk menanggalkan gegenggam tangan daripada tiub, pegang gegenggam tangan dengan
sebelah tangan. Dengan tangan yang satu lagi, pegang tiub teleskop dan tekan butang pelepas
tiub (1) dan tarik tiub daripada gegenggam tangan (2). (Gamb. 7)
Nota (untuk jenis tertentu sahaja) Lubang pada hujung gegenggam tangan mengelakkan objek daripada
tersangkut atau rosak apabila anda menggunakan pembersih vakum anda tanpa tiub atau aksesori
yang dibekalkan.
hos
1
Untuk menyambungkan hos, tolak ia ke dalam perkakas dengan kuat ('klik') (Gamb. 8).
2
Untuk mencabut hos, tekan butang pelepas dan tarik hos keluar daripada perkakas.
tiub teleskop
Petua: Untuk ergonomi optimum, kami nasihatkan agar anda memegang kedua-dua gegenggam tangan
ketika anda menggerakkan muncung ke hadapan dan ke belakang. Ini akan mengelakkan diri anda
daripada memulas dan membengkokkan tulang belakang anda.
1
Laraskan kepanjangan tiub dengan cara sehingga tangan yang memegang gegenggam tangan
standard adalah pada paras pinggul (Gamb. 9).
2
Untuk ergonomi optimum, kami nasihatkan agar anda memegang tiub dengan cara sehingga
gegenggam tangan standard adalah pada aras pinggul. (Gamb. 10)
3
Untuk menyambungkan tiub kepada muncung, tekan butang kunci dimuat spring pada tiub dan
masukkan tiub ke dalam muncung. Muatkan butang kunci dimuat spring ke dalam bukaan di
dalam muncung ('klik') (Gamb. 11).
pemegang aksesori
1
Luncurkan pemegang aksesori ke atas gegenggam tangan ('klik') (Gamb. 12).
2
Tolak aksesori ke atas pemegang. (Gamb. 13)

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido