ranjang, atau tempat tidur yang sesuai.
– Sesuai dengan ketentuan keamanan
EN1888:2012, EN 1466:2014, SOR /
85-379, AS / NZS 2088:2013, ASTM
F833-15, ASTM F2050:2016.
PENJAGAAN:
– Jaga dan bersihkan Greentom secara kerap.
– Bersihkan rangka, tempat duduk, hud dan
bakul pembelian secara kerap dengan tuala
lembap. Jangan gunakan bahan pencuci
yang agresif.
– Lap produk dengan tuala penyerap dan
lembut selepas penggunaan semasa hujan,
salju atau selepas menggunakannya di tepi
pantai.
PEMISAHAN SAMPAH:
Untuk melindungi alam sekitar, kami meminta
agar anda memisahkan sampah daripada
pembungkusan Greentom. Semua bahan
pembungkusan diperbuat daripada kadbod
kitar semula dan kesemuanya harus dikitar
semula dalam apa cara yang boleh. Kereta
sorong telah direka bentuk untuk dipisahkan
dengan mudah dan pengitaran semula bagi
bahan-bahan terpakai. Untuk maklumat lanjut
sila kunjungi:
www.greentom.my
WARANTI TIDAK SAH DALAM KES-KES
BERIKUT:
– Sekiranya diguna atau tujuan penggunaan
adalah selain daripada apa yang diterangkan
di dalam manual.
– Jika produk itu dihantarkan untuk
pembaikan kepada wakil jualan yang tidak
mendapatkan kebenaran dari kami.
– Jika produk itu tidak dibekalkan kepada
pengilang dengan resit pembelian asal
(melalui peruncit dan / atau pengimport).
– Jika pembaikan telah dijalankan oleh pihak
ketiga atau oleh wakil jualan yang tidak
diberikan kebenaran oleh Greentom.
– Jika kerosakan disebabkan oleh penggunaan
atau penjagaan yang tidak betul atau
kecuaian, kelalaian atau kesan kerosakan
kepada fabrik penutup dan / atau rangka.
– Jika bahagian menunjukkan haus dan lusuh
yang lazim yang boleh dijangkakan daripada
penggunaan seharian (roda, bahagian yang
berputar dan bergerak, dsb.)
TARIKH KUATKUASA:
Waranti mula berkuatkuasa pada tarikh
pembelian produk.
TERMA WARANTI:
– Daftar Greentom anda di laman web kami.
– Waranti sah untuk tempoh 24 bulan
berturutan.
– Waranti hanya sah untuk pemilik pertama
Greentom sahaja dan tidak boleh
dipindahmilik.
APA YANG HARUS DILAKUKAN JIKA
TERDAPAT KEROSAKAN:
– Selepas pembelian produk, simpan resit
pembeliannya. Tarikh pembelian mestilah
senang dilihat di dalam resit itu. Jika timbul
masalah atau kerosakan sila hubungi
peruncit anda.
– Greentom tidak berkewajipan untuk
menerima pulangan produk atau penukaran
bagi produk yang telah dijual.
– Pembaikan tidak memberi hak kepada
sambungan waranti. Produk yang telah
dipulangkan secara langsung kepada
pengilang tidak lagi layak untuk waranti.
– Fasal Waranti mematuhi Arahan Eropah 99
/ 44 / EG bertarikh 2 Mei 1999.
Produk ini telah dihasilkan sejajar dengan
peraturan keselamatan dan piawaian kualiti
Eropah semasa current European safety
requirements and quality standards yang
dikenakan ke atas produk ini, dan produk ini
bebas daripada sebarang kerosakan dari segi
mutu kerja dan bahan pada masa pembelian.
Semasa proses pengeluaran, produk ini telah
menjalani pelbagai pemeriksaan kualiti. Jika
produk ini, walaupun selepas segala usaha
kami, menunjukkan kerosakan bahan /
pengeluaran dalam tempoh 24 bulan waranti
(dengan penggunaan biasa seperti yang
diterangkan di dalam arahan pengguna) kami
akan mematuhi terma dan syarat waranti.
Dalam kes sebegini, sila hubungi wakil jualan
anda.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai
terma dan syarat waranti, anda boleh
menghubungi wakil jualan atau kunjungi laman
web kami: www.greentom.my
HUBUNGAN & PERTANYAAN:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,
sila hubungi wakil jualan atau pengimport anda
atau kunjungi www.greentom.my
Maklumat am dan pertanyaan:
info@greentom.my
Perkhidmatan:
service@greentom.my
Sila kunjungi laman web kami untuk video
-video arahan: www.greentom.my
173