BAHASA MELAYU
42
2
Kemudian pasangkan muncung lantai pada muncung boleh tanggal
(gamb. 14).
Muncung lantai boleh digunakan untuk memvakum lantai keras dan
permaidani.
Muncung lantai dilengkapi dengan pengumpul bulu-bulu yang
menghilangkan rambut atau bulu-bulu.
Lalukan pengumpul bulu-bulu dengan perlahan agar menyentuh
B
rambut atau bulu-bulu yang harus dihilangkan. Rambut atau bulu-bulu
akan dilepaskan dari permukaan, dikumpulkan dan disedut.
3
Laraskan batangnya mengikut kepanjangan yang anda rasakan
selesa semasa membersihkan dengan vakum dengan menekan
gegelangnya ke bawah dan menarik bahagian atas batas ke atas
(gamb. 15).
4
Untuk melepaskan batang teleskopik, tekan butang pelepas di
bahagian belakang pembersih vakum dan tarik batangnya dari
perkakas (gamb. 16).
Pembersihan
Cabutkan palam penyesuai dari soket dinding setiap kali sebelum
membersihkan tapak pengecasan.
Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum, atau tapak
pengecasan ke dalam air.
1
Bersihkan tapak pengecasan dan perkakas dengan kain lembap.
Bekas habuk dan turas
Pastikan anda mengosongkan bekas habuk dan bersihkan turas dengan
kerap.Kami menasihati agar anda membersihkan turasnya setiap 2 hingga
4 minggu untuk mengekalkan prestasi sedutan yang optimum.
Pembersihan pantas
Untuk mengosongkan bekas habuk dengan pantas:
1
Keluarkan muncung boleh tanggal dengan menekan butang
pelepas muncung (gamb. 17).