Pembuangan pek bateri
Bateri NiCd/NiMH boleh mencemarkan alam sekitar dan boleh
meletup kalau terdedah kepada suhu yang tinggi atau kepada api.
Sentiasa keluarkan bateri sebelum membuang perkakas atau
membawanya ke pusat pemungutan rasmi. Lupuskan bateri di
pusat pemungutan rasmi untuk bateri. Jika anda menghadapi
kesulitan mengeluarkan bateri, anda boleh juga membawa
perkakas tersebut ke pusat servis Philips, yang akan mengeluarkan
bateri untuk anda dan akan melupuskannya dengan cara yang
selamat alam sekitar.
Tanggalkan bateri hanya jika ia betul-betul kosong.
Keluarkan pek bateri dengan cara berikut.
1
Biarkan alat berjalan sehingga ia berhenti, longgarkan dan
keluarkan skru, kemudian buka pembersih vakum (gamb. 28).
2
Potong wayar penyambung satu demi satu dan keluarkan pek
baterinya (gamb. 29).
Menjimatkan kuasa
Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan perkakas selama tempoh
masa yang panjang, kami nasihatkan anda supaya mencabutkan palam
penyesuai dari soket dinding untuk menjimatkan kuasa.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau
Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
BAHASA MELAYU
45