Philips FC6055 Manual De Instrucciones página 42

Ocultar thumbs Ver también para FC6055:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

BAHASA MELAYU
42
Caskan pembersih vakum hanya dengan menggunakan palam
penyesuai dan unit pengecas yang dibekalkan. Semasa dicas, palam
penyesuai akan terasa panas sedikit apabila disentuh. Ini normal.
Jangan pegang perkakas dengan bekas habuk menuding ke atas
dan jangan condongkan perkakas ke sisi semasa menyedut cecair.
Matikan kuasa pembersih vakum setiap kali selepas
menggunakannya.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
Voltan pada jalur hubungan di dalam unit pengecas adalah rendah
(maks. 12 volt) maka ia tidak berbahaya.
Jangan halang bukaan udara keluar semasa memvakum.
Matikan perkakas semasa dicas semula.
Selepas perkakas digunakan untuk menyedut cecair, kosongkan
dan keringkan bekas habuk sebelum menyimpan perkakas di
dalam unit pengecas.
Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila
menggerudi lubang pada dinding untuk memasang unit pengecas,
terutamanya jika berhampiran soket dinding.
Persediaan bagi penggunaan
Memasang unit pengecas
1
Anda boleh memasang unit pengecas pada dinding seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah (rajah 2).
Jika anda memasang unit pengecas pada dinding, jarak di antara lubang-
lubang skru hendaklah 70mm.
2
Anda boleh juga meletakkan unit pengecas di atas permukaan
mendatar (contohnya meja atau bangku) (rajah 3).
3
Kord sesalur yang berlebihan boleh dililitkan di sekeliling unit
pengecas (rajah 4).
Mengecas perkakas
Caskan perkakas selama sekurang-kurangnya 16 jam sebelum anda
menggunakannya pada kali pertama.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido