1
Masukkan palam penyesuai ke dalam soket dinding.
2
Letakkan pembersih vakum di atas unit pengecas (rajah 5).
Lampu cas akan menyala untuk menandakan perkakas sedang
dicas (rajah 6).
Lampu cas akan terus menyala selagi perkakas masih tersambung
B
dengan unit pengecas dan palam penyesuai masih berada di dalam
soket dinding.
Lampu cas tidak memberikan apa-apa maklumat tentang aras cas
B
bateri binaan dalam.
Menggunakan perkakas
1
Tolak luncur hidup/mati ke depan untuk menghidupkan perkakas
(rajah 7).
2
Tolak luncur hidup/mati ke belakang untuk mematikan perkakas
(rajah 8).
3
Biarkan palam penyesuai di dalam soket dinding dan letakkan
kembali pembersih vakum di atas unit pengecas dengan serta-
merta setiap kali selepas digunakan, walaupun bateri masih
hampir bercas penuh.
Berus, alat ceruk dan alat penyeka.
Perkakas ini dilengkapi tiga aksesori:
-
alat berus untuk membersihkan permukaan yang memerlukan
ketelitian;
-
alat ceruk untuk membersihkan tempat-tempat yang sukar dicapai;
-
alat penyeka untuk menyedut cecair.
1
Ambil aksesori yang hendak anda guna dari unit pengecas.
2
Pasangkan aksesori itu pada muncung perkakas (rajah 9).
Apabila menyedut cecair, pegang perkakas dengan muncung
menghala ke bawah pada sudut 30c. Pastikan alat penyeka
menyentuh permukaan yang hendak dibersihkan. Jangan
condongkan perkakas ke mana-mana arah.
BAHASA MELAYU
43