5
Pasangkan turas ke dalam pemegang turas dengan memutarnya
mengikut arah pusingan jam kemudian letakkan pemegang turas
ke dalam bekas habuk. Pastikan anda memasukkan pemegang
turas dengan cara yang betul (rajah 15).
Jangan gunakan pembersih vakum selagi turas masih basah.
Penggantian
Gantikan turas jika ia tidak lagi boleh dibersihkan dengan betul
(biasanya selepas dibersihkan sebanyak kira-kira 50 kali).
1
Keluarkan pemegang turas dari bekas habuk (rajah 13).
2
Keluarkan turas dari pemegang turas dengan memutarnya
melawan arah pusingan jam (rajah 14).
3
Keluarkan turas dari gelang dengan memutarnya perlahan-lahan
melawan arah pusingan jam (rajah 16).
4
Pasangkan turas baru pada gelang turas dengan memutarnya
mengikut arah pusingan jam (rajah 17).
5
Tolak hujung turas ke arah dalam (rajah 18).
6
Pasangkan turas ke dalam pemegang turas dengan memutarnya
mengikut arah pusingan jam. Letakkan pemegang turas kembali ke
dalam bekas habuk (rajah 19).
Aksesori
Turas baru boleh didapati dengan jenis no. FC8036. Hubungi wakil
pengedar Philips anda.
Alam sekitar
Jangan buangkan perkakas bersama-sama sampah biasa dari rumah
pada hujung hayatnya. Sebaliknya, serahkan kepada pusat kutipan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda
menolong memelihara alam sekitar (rajah 20).
BAHASA MELAYU
45