Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 5

BAHASA MELAYU

6
Pendahuluan
.
Selamat datang ke alam baru: alam MOI! Ia
menawarkan anda cukuran yang selamat, lembut,
pantas dan licin... bagi setiap bahagian tubuh anda.
Dengan pencukur elektrik boleh cas semula yang
baru ini, anda dapat menikmati pengalaman MOI di
mana jua sesuka hati anda, basah ataupun kering!
Penting
.
Baca risalah maklumat ini dan simpankan supaya
anda dapat membuat rujukan pada masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
penyesuai sepadan dengan voltan sesalur
tempatan.
Gunakan hanya penyesuai yang dibekalkan
dengan MOI untuk mengecaskan perkakas.
Jika penyesuai rosak, gantikan hanya dengan
jenis asal untuk mengelakkan bahaya.
Simpan penyesuai dan dirian pengecas jauh
daripada air. Pastikan tangan anda dan MOI
kering apabila anda meletakkan perkakas di
atas dirian pengecas.
Mengecas
.
Caskan perkakas selama 16 jam supaya dapat
mencukur selama sehingga 20 minit.
Letakkan perkakas di atas dirian pengecas dan
sambungkan plag perkakas dengan dirian
(rajah 1).
Periksa sama ada lampu penyesuai menyala
(rajah 2).
Petua
.
Dirian pengecas boleh dipasangkan pada
dinding (rajah 3).
Gunakan pendakap penyimpanan untuk
menggantungkan MOI pada cangkuk di dalam
bilik mandi (rajah 4).
Cukur dengan menggerakkan MOI melawan
arah pertumbuhan rambut.
Bersihkan MOI di bawah air paip (rajah 5).
Penjagaan dan penggantian
Letakkan setitis minyak mesin jahit pada kepala
cukur dua kali setahun. Gantikan kerajang cukur
(HP6150) dan blok potong (HP2907) setiap dua
tahun. Gantikan kerajang yang rosak sekali.
Alam sekitar
.
Bateri boleh cas semula binaan dalam mengandungi
bahan yang mungkin mencemarkan alam sekitar.
Keluarkan bateri apabila anda membuang perkakas.
Jangan buangkan bateri bersama-sama buangan
biasa rumah, sebaliknya serahkan di pusat kutipan
rasmi. Anda boleh juga membawa perkasa ke pusat
servis Philips, dan mereka akan mengeluarkan
bateri untuk anda dan akan melupuskannya dengan
cara yang selamat terhadap alam sekitar.
1
Keluarkan perkakas dari dirian pengecas dan
biarkan motor berjalan sehingga bateri
kehabisan kuasa sepenuhnya.
2
Umpilkan panel depan MOI sehingga tanggal
dari perkakas dengan menggunakan pemutar
skru. Keluarkan butang dan bahan lembut di
sekelilingnya (rajah 6).
3
Angkatkan bahagian elektronik dan bateri
keluar dari perkakas kemudian pisahkan bateri
daripada bahagian lain (rajah 7).
.
MOI HP6350
Jaminan & servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah
jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan
di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips
tempatan atau Jabatan Servis Syarikat Perkakas
Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
4203 000 31441
.
6/14

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Moi hp6350/00Moi hp6350/01Moi hp6350/54

Tabla de contenido