Makita DLM330 Manual De Instrucciones página 53

Cortadora de cesped
Ocultar thumbs Ver también para DLM330:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 20
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan
dan semua arahan. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Latihan
1.
Baca arahan dengan teliti. Biasakan dengan
kawalan dan penggunaan pemangkas yang
betul.
2.
Jangan sekali-kali benarkan kanak-kanak atau
orang yang tidak biasa dengan arahan ini
untuk menggunakan pemangkas. Peraturan
keselamatan setempat boleh menyekat umur
pengendali.
3.
Jangan sekali-kali kendalikan pemangkas
ketika orang, terutamanya kanak-kanak atau
haiwan peliharaan berdekatan.
4.
Ingat bahawa pengendali atau pengguna
bertanggungjawab ke atas sebarang
kemalangan atau bahaya yang berlaku kepada
orang lain atau harta benda mereka.
5.
Kanak-kanak harus diselia untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan pemangkas ini.
6.
Keadaan fizikal - Jangan kendalikan
pemangkas semasa d bawah pengaruh dadah,
alkohol atau sebarang ubat.
Persediaan
1.
Semasa mengendalikan pemangkas, sentiasa
pakai kasut yang betul dan seluar panjang.
Jangan kendalikan pemangkas semasa
berkaki ayam atau memakai sandal terbuka.
Elakkan memakai pakaian atau barang kemas
yang longgar atau mempunyai tali atau ikatan
yang tergantung. Ia boleh tersangkut pada
bahagian yang sedang bergerak.
2.
Sebelum guna, sentiasa memeriksa secara
visual pemangkas untuk pengawal atau perisai
yang rosak, hilang atau tersalah letak.
3.
Pastikan tidak terdapat orang lain di kawasan
sebelum memangkas. Hentikan pemangkas
jika sesiapa sahaja memasuki kawasan.
4.
Jangan masukkan kekunci ke dalam
pemangkas sehingga ia sedia untuk
digunakan.
5.
Sentiasa pakai kaca mata pelindung untuk
melindungi mata anda daripada kecederaan
apabila menggunakan alat kuasa. Kaca mata
mestilah mematuhi ANSI Z87.1 di AS, EN 166
di Eropah, atau AS/NZS 1336 di Australia/
New Zealand. Di Australia/New Zealand,
undang-undang mengarahkan untuk memakai
pelindung muka bagi melindungi muka anda,
juga.
Menjadi tanggungjawab majikan untuk
menguatkuasa penggunaan peralatan
perlindungan keselamatan yang bersesuaian
oleh pengendali alat dan oleh orang lain dalam
kawasan bekerja semasa.
6.
Periksa bilah atau bolt bilah dengan teliti
untuk retak atau kerosakan sebelum operasi.
Gantikan bilah yang retak atau rosak dengan
segera.
7.
Keluaran benda asing seperti batu,
wayar, botol, tulang dan kayu besar dari
kawasan kerja sebelum memangkas untuk
menggelakkan kecederaan peribadi dan
kerosakan pada pemangkas.
8.
Objek yang tersangkut oleh bilah pemangkas
boleh mengakibatkan kecederaan parah
kepada seseorang. Laman harus sentiasa
diperiksa dengan berhati-hati dan dibersihkan
daripada semua objek bagi setiap kali
pemangkasan.
9.
Lihat lubang, bekas roda, bonggol, batu,
atau objek tersembunyi yang lain. Kawasan
tidak sekata boleh menyebabkan kecelakaan
tergelincir dan jatuh. Rumput yang tinggi boleh
menyembunyikan halangan.
10. Gunakan peralatan pelindung diri. Sentiasa
pakai pelindung mata. Peralatan pelindung
seperti topeng debu, kasut keselamatan tak
mudah tergelincir, topi keselamatan atau
pelindung pendengaran yang digunakan untuk
keadaan yang sesuai akan mengurangkan
kecederaan diri.
Pengendalian
1.
Jangan lampau jangkau. Jaga keseimbangan
pada setiap masa. Sentiasa pastikan pijak
anda pada cerun. Berjalan, jangan sekali-kali
berlari.
2.
Hentikan pemangkas dan keluarkan kunci,
dan pastikan semua bahagian bergerak telah
berhenti sepenuhnya:
- pada bila-bila masa anda meninggalkan
pemangkas,
- sebelum anda membersihkan sekatan atau
membuang sumbatan pada pelongsor,
- sebelum memeriksa, bersihkan atau bekerja
dengan pemangkas,
- selepas terkena objek asing. Periksa
pemangkas sebarang kerosakan dan
baiki sebelum memulakan semula dan
mengendalikan pemangkas,
53 BAHASA MELAYU

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido