Penjagaan, Penyenggaraan dan Storan
•
Bersihkan barbeku anda dengan kerap di antara
penggunaan dan terutamanya selepas disimpan
lama.
•
Pastikan barbeku dan komponennya cukup sejuk
sebelum dibersihkan.
•
Jangan sesekali menyimbah barbeku dengan air
apabila permukaannya panas.
•
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang
panas dengan tangan yang tidak beralas.
•
Jangan biarkan barbeku anda terdedah apabila
tidak digunakan. Simpan barbeku anda di dalam
bangsal atau garaj apabila tidak digunakan untuk
mengelakkan kesan cuaca, terutamanya jika anda
tinggal berdekatan kawasan pantai.
•
Pendedahan berterusan kepada cahaya matahari,
air, udara laut/air laut boleh menyebabkan
kerosakan kepada barbeku anda. (Penutup
mungkin tidak cukup untuk melindungi barbeku
anda dalam sesetengah situasi ini.)
•
Bagi memanjangkan hayat dan mengekalkan
keadaan barbeku anda, kami mengesyorkan anda
menutupnya dengan sarung apabila dibiarkan
di luar bangunan, tanpa mengira berapa lama ia
berada di luar, terutamanya ketika bulan musim
sejuk.
•
Sebelum barbeku disimpan, pastikan semua baki
abu atau arang dibersihkan.
85