Canon imageCLASS MF735C Serie Introducción página 68

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 38
Lampiran
Penyelenggaraan dan Pemeriksaan
Bersihkan mesin ini secara berkala. Jika habuk
terkumpul, mesin mungkin tidak beroperasi
dengan betul. Apabila membersihkan, pastikan
untuk mematuhi perkara berikut. Jika masalah
berlaku ketika operasi, lihat Penyelesaian
masalah. Jika masalah tidak dapat diselesaikan
atau anda rasa mesin memerlukan pemeriksaan,
lihat Apabila Masalah Tidak Dapat Diselesaikan.
AMARAN
Sebelum membersihkan, MATIKAN kuasa dan
cabut palam kuasa daripada saluran kuasa AC.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Cabut palam kuasa secara berkala dan bersihkan
dengan kain kering untuk membuang habuk
dan kotoran. Debu terkumpul boleh menyerap
kelembapan di udara dan boleh mengakibatkan
kebakaran jika ia bersentuhan dengan elektrik.
Gunakan kain lembap yang diperah untuk
membersihkan mesin. Lembapkan kain dengan
air sahaja. Jangan gunakan alkohol, benzena,
pencair cat atau bahan lain yang mudah
terbakar. Jangan gunakan kertas tisu atau tuala
kertas. Jika bahan tersebut bersentuhan dengan
bahagian elektrik di dalam mesin, ia boleh
menjana elektrik statik atau menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
Periksa kord kuasa dan palam secara berkala
untuk karat, pin bengkok, kord berbulu, retak
atau penjanaan haba yang berlebihan.
Penggunaan kord kuasa atau palam yang tidak
dijaga dengan baik boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
AWAS
Bahagian dalam mesin mempunyai komponen
bersuhu tinggi dan bervoltan tinggi.
Menyentuh komponen ini boleh
menyebabkan kecederaan atau luka terbakar.
Jangan sentuh mana-mana bahagian mesin
yang tidak dinyatakan dalam manual ini.
Apabila memasukkan atau mengeluarkan
kertas yang tersekat, berhati-hati supaya tangan
tidak terluka disebabkan oleh sisi kertas.
Had Undang-undang terhadap
Penggunaan Produk Anda dan
Penggunaan Imej
Menggunakan produk anda untuk mengimbas,
mencetak atau sebaliknya mengeluarkan semula
dokumen-dokumen tertentu, dan penggunaan imej
seperti diimbas, dicetak atau sebaliknya diterbitkan
semula oleh produk anda, mungkin dilarang oleh
undang-undang dan boleh membawa kepada
liabiliti jenayah dan/atau sivil. Senarai tidak lengkap
dokumen-dokumen ini dinyatakan di bawah.
Senarai ini bertujuan sebagai panduan sahaja. Jika
anda tidak pasti tentang kesahihan menggunakan
produk anda untuk mengimbas, mencetak atau
sebaliknya mengeluarkan semula apa-apa dokumen
tertentu, dan/atau penggunaan imej yang telah
diimbas, dicetak atau sebaliknya diterbitkan semula,
anda harus berunding terlebih dahulu dengan
penasihat undang-undang anda untuk panduan.
Wang Kertas
Cek Kembara
Kiriman Wang
Setem Makanan
Sijil Deposit
Pasport
Setem Pengeposan (dibatalkan atau tidak
dibatalkan)
Dokumen Imigresen
Lencana atau Tanda Kebesaran yang Dikenali
Setem Hasil Dalam Negeri (dibatalkan atau
tidak dibatalkan)
Ms
Dokumen Khidmat Tentera atau Kerahan
Bon atau Sijil Keberhutangan Lain
Cek atau Draf yang dikeluarkan oleh Agensi
Kerajaan
Sijil Stok
Lesen Kenderaan Motor dan Sijil Geran
Karya yang Dilindungi Hak Cipta/Karya
Kesenian tanpa Kebenaran Hak Cipta Pemilik
68
Simbol Berkaitan Keselamatan
Suis kuasa: kedudukan "DIHIDUPKAN"
Suis kuasa: kedudukan "DIMATIKAN"
Suis kuasa: kedudukan "SIAP SEDIA"
Tekan-suis tekan
"DIHIDUPKAN"
"DIMATIKAN"
Terminal pembumian pelindung
Voltan berbahaya di dalam. Jangan buka
penutup melainkan jika diarah berbuat demikian.
AWAS: Permukaan panas. Jangan sentuh.
Peralatan Kelas II
Bahagian bergerak: Jauhkan bahagian
badan dari bahagian bergerak
[NOTA]
Sesetengah simbol yang ditunjukkan di atas
mungkin tidak dilekatkan bergantung pada produk.
v1602_00_ms-MY
Label Keselamatan
Laser
Guna Habis
AMARAN
Jangan lupuskan katrij toner dalam api
terbuka. Ini boleh menyebabkan nyalaan, dan
mengakibatkan marak atau kebakaran.
Jika anda secara tidak sengaja menumpahkan
atau menyerakkan toner, lap dengan teliti
toner yang longgar dengan kain lembut yang
lembap dan elakkan terhidu sebarang habuk
toner. Jangan sesekali menggunakan
pembersih vakum untuk membersihkan toner
yang longgar. Ini akan menyebabkan
kerosakan dalam pembersih vakum atau
mengakibatkan letupan habuk akibat nyahcas
statik.
AWAS
Simpan katrij toner dan bahan guna habis lain
di luar jangkauan kanak-kanak. Jika toner
dihidu, rujuk doktor atau pusat kawalan racun
dengan segera.
Jangan cuba membuka katrij toner. Toner
mungkin berserak dan termasuk ke dalam
mata atau mulut anda. Jika toner termasuk ke
dalam mata atau mulut anda, basuh segera
dengan air sejuk dan rujuk doktor.
Jika toner tertumpah daripada katrij toner,
elakkan menghidu atau membolehkan
sentuhan dengan kulit anda. Jika toner
bersentuhan dengan kulit anda, basuh segera
dengan sabun. Jika anda menghidu toner atau
kulit anda terengsa disebabkan sentuhan
dengan toner, rujuk doktor atau pusat kawalan
racun dengan segera.
PENTING
Mengendalikan kartrij toner
Pastikan memegang katrij toner dengan
menggunakan pemegang.
Jangan calarkan permukaan dram ( 
mendedahkannya kepada lampu. Jangan
  ) atau memori katrij
sentuh kontak elektrik ( 
  ).
toner ( 
a
Pandangan Bawah
b
Jangan tanggalkan katrij toner dari mesin ini
atau dari beg pelindung tanpa sebab.
Katrij toner ialah produk bermagnet. Jangan
gerakkannya hampir dengan produk yang
terdedah kepada kemagnetan termasuklah
cakera liut dan pemacu keras. Jika tidak ia akan
mengakibatkan kerosakan data.
Menyimpan katrij toner.
Simpan dalam persekitaran berikut untuk
memastikan penggunaan yang selamat dan
memuaskan.
Julat suhu penyimpanan: 0 hingga 35°C
Julat kelembapan penyimpanan: 35 hingga
85% RH (kelembapan relatif/tiada kondensasi)*
Simpan tanpa membukanya sehingga katrij
toner digunakan.
Semasa menanggalkan katrij toner daripada
mesin ini untuk penyimpanan, lekatkan
tudung pelindung bagi dram dan kemudian
letakkan katrij toner yang ditanggalkan ke
dalam beg pelindung asal atau balut dengan
kain tebal.
Semasa menyimpan katrij toner, jangan
menyimpannya secara menegak atau terbalik.
Toner akan memejal dan mungkin tidak akan
kembali kepada keadaan asal walaupun ia
digoncang.
* Walaupun dalam julat kelembapan yang boleh
disimpan, titisan air (kondensasi) mungkin
terbentuk dalam katrij toner jika terdapat
perbezaan suhu dalam dan luar katrij toner.
Kondensasi akan menjejaskan kualiti cetakan
katrij toner.
Jangan simpan kartrij toner di lokasi berikut
Lokasi yang terdedah kepada api terbuka
Lokasi terdedah kepada cahaya matahari atau
cahaya yang terang selama lima minit atau
lebih lama
Lokasi terdedah kepada udara masin yang
berlebihan
Lokasi yang terdapat gas menghakis (iaitu
semburan aerosol dan ammonia)
  ) atau
c

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido