Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali memvakum air atau sebarang cecair lain. Jangan sekali-kali memvakum bahan
mudah terbakar dan jangan memvakum abu sehingga ianya sejuk.
-
Jangan sekali-kali merendam perkakas atau penyesuai di dalam air atau sebarang cecair lain, atau
membilasnya di bawah paip.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah berpadanan dengan voltan
sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda menyambungkan perkakas ini.
-
Jangan gunakan pembersih vakum atau penyesuai sekiranya ianya rosak.
-
Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag
yang lain, kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
-
Produk ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatannya.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
Awas
-
Hanya caskan pembersih vakum dengan penyesuai yang dibekalkan. Semasa pengecasan,
penyesuai terasa panas apabila disentuh. Ini adalah biasa.
-
Sentiasa matikan pembersih vakum selepas menggunakannya dan apabila anda mengecasnya.
-
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
-
Pastikan bahawa produk ini dipasang dengan lekapan dinding dilekapkan pada dinding, mengikut
arahan dalam manual pengguna.
-
Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hatilah semasa menggerudi lubang pada dinding
untuk memasang lekapan dinding ini.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke www.shop.philips.com/service atau pergi
ke penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda (lihat
risalah jaminan sedunia untuk butiran hubungan).
All manuals and user guides at all-guides.com
BAHASA MELAYU
21