BAHASA MELAYU
22
Alam sekitar
-
Simbol ini bermaksud bahawa anda hendaklah tidak membuang perkakas ini bersama buangan isi
rumah. Bawa ia ke pusat pungutan rasmi bagi perkakas elektrik. Pelupusan yang betul akan
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 1).
-
Simbol tong beroda berpangkah ini bermakna perkakas ini mengandungi bateri boleh cas semula
terbina dalam yang tidak boleh dibuang bersama buangan isi rumah yang biasa. Ikuti arahan
dalam bahagian 'Mengeluarkan bateri boleh cas semula' untuk mengeluarkan bateri tersebut. Jika
anda tidak dapat mengeluarkan sendiri bateri ini, bawa perkakas ke pusat pungutan rasmi atau
pusat servis yang disahkan oleh Philips untuk mengeluarkan bateri. Buang bateri di pusat
pungutan rasmi untuk bateri. Pelupusan yang betul akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 2).
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Bateri boleh meletup apabila didedahkan kepada suhu yang tinggi atau api.
Hanya tanggalkan bateri dapat dicas semula apabila mereka betul-betul kosong.
Anda boleh mengeluarkan bateri boleh cas semula dengan cara berikut.
1
Biarkan pembersih vakum berjalan sehingga ia berhenti.
2
Tanggalkan bakul sampah dan siklon daripada alat kendalian tangan. (Gamb. 3)
3
Buka 2 skru daripada bahagian dalam pembersih vakum kendalian tangan (Gamb. 4).
4
Putar pembersih vakum kendalian tangan dan tanggalkan 4 daripadanya. (Gamb. 5)
5
Tanggalkan panel belakang daripada pembersih vakum kendalian tangan (Gamb. 6).
6
Masukkan pemutar skru dan tekan ke bawah untuk menanggalkan panel di bahagian kiri
perkakas (Gamb. 7).
7
Tanggalkan 2 skru dari bahagian bawah (Gamb. 8).
8
Tanggalkan 4 skru dari bahagian kiri perkakas (Gamb. 9).
9
Tanggalkan bahagian perumah sebelah kiri (Gamb. 10).
10
Keluarkan pek bateri dan potong dawai yang bersambung dengan bateri boleh cas semula satu
demi satu (Gamb. 11).
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan sedunia.
Penyelesai Masalah
Bab ini merumuskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas anda. Jika anda
tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support
untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
All manuals and user guides at all-guides.com