PENTING & AMARAN!
• Volume yang terlalu tinggi dapat merusak
pendengaran Anda.
• Pembesar suara untuk kegunaan di dalam sahaja
dan boleh digunakan dalam julat suhu daripada
0ºC hingga 40 ºC.
• Jangan dedahkan pembesar suara pada
persekitaran yang basah, lembap dan teramat
kering, kerana ini akan mengakibatkan
kerosakan.
• Jangan gunakan pencuci pelelas atau pelarut
kerana ini akan merosakkan produk.
• Bahan binaan berbeza-beza dan peletakan unit
akan mengesankan julat penyambungan tanpa
wayar.
• Jangan pasang produk di ruangan terkurung.
Sentiasa tinggalkan ruang di sekeliling produk
untuk pengudaraan.
• Produk tidak seharusnya didedahkan pada haba
berlebihan seperti cahaya matahari, sumber
haba, dan api atau serupa.
• Tidak ada sumber api, seperti cahaya lilin
diletakkan di atas perkakas.
• Jangan cuba membaiki sendiri produk ini, kerana
membuka atau menanggalkan sarung berskru
mungkin mendedahkkan anda pada risiko kejutan
elektrik.
Maklumat pendedahan RF
Menurut peraturan pendedahan RF, di bawah
pengendalian biasa, pengguna akhir akan dihalang
daripada mendekati peranti pada jarak lebih
daripada 20 sm.
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
21