Descargar Imprimir esta página

IKEA MITTZON Manual Del Usuario página 28

Ocultar thumbs Ver también para MITTZON:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 7
Bahasa Malaysia
Permukaan kerja laras ketinggian elektro-mekanikal dengan antara muka kawalan untuk
melaraskan ketinggian ke atas dan bawah Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 14 tahun ke atas dan orang-orang dengan kurang keupayaan fizikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan
atau arahan tentang penggunaan alat melalui cara yang selamat dan memahami bahaya
dilibatkan oleh orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak
tidak boleh bermain dengan perkakas ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Diterjemah daripada arahan asal.
Nasihat dan arahan untuk meja duduk/berdiri MITTZON
Model:
Input:
Paras bunyi:
Penggunaan kuasa tunggu sedia:
Selang pengesetan ketinggian:
Beban maksimum:
Selang suhu pada penggunaan:
Selang suhu pada storan:
Kelembapan:
Unit bekalan kuasa:
Produk ini hanya boleh digunakan bersama dengan unit bekalan kuasa
yang disertakan.
Setiap orang yang bertanggungjawab untuk meja ini semasa pemasangan
atau penggunaan meja dalam penggunaan harian atau dalam kerja
perkhidmatan dan pembaikan harus membaca arahan ini dengan teliti.
Simpan arahan ini berhampiran meja duduk/diri anda.
Arahan pemasangan
Meja dipasang mengikut arahan pemasangan yang berasingan. Sambungkan
sebelah kabel sambungan 90 darjah (50mm panjang) ke port M1 pada
kotak kawalan, kemudian sambungkan sebelah lagi dari kaki ke kabel.
Sambungkan kabel dari sebelah lagi kaki ke port M2 pada kotak kawalan.
Sambungkan pengawal tangan ke port HS dan bekalan kuasa ke port AC pada
kotak kawalan. Kotak kawalan hendaklah diletakkan di dalam dulang yang
dihasilkan oleh rangka, dan kabel elektrik hendaklah diletakkan di dalam
dulang felt di bahagian belakang. Letakkan kabel elektrik supaya ia tidak
rosak. Sila periksa arahan pemasangan. Sambungkan kabel elektik pada soket
dinding (atau soket diletakkan di dalam dulang felt).
Peringatan! Kabel elektrik mesti mempunyai pergerakan sepenuhnya.
Meja kini sudah sedia digunakan. Motor berhenti secara automatik apabila
meja masing-masing mencapai kedudukan terendah dan tertinggi.
Penggunaan meja
Meja hanya boleh digunakan sebagai meja kerja dengan kemungkinan untuk
menyelaraskan secara berterusan ketinggian kedudukan antara posisi duduk
dan berdiri. Meja hanya boleh digunakan di dalam bangunan dan di tempat
yang kering (persekitaran pejabat atau yang serupa) .
Meja tidak boleh terlebih beban - beban maksimum ialah 60 kg/132 lbs.
Motor mungkin boleh berfungsi secara berterusan untuk maksimum
2 minit. Selepas itu, motor akan berehat selama kira-kira 18 minit,
sebelum ia boleh digunakan semula.
Ikut arahan ini semasa melaraskan ketinggian meja:
1. Pastikan semua kabel tersambung dengan kukuh pada tempatnya.
2. Pastikan tiada objek menghalang meja agar ketinggian boleh dilaraskan
dengan bebas.
3. Tekan butang ke atas/ke bawah pada pengawal tangan untuk melaras
ketinggian meja.
MITTZON
AC 110V atau 230V, 50/60Hz
Lebih rendah daripada 50 dB(A)
<0.2W
62~126 cm, 24.4~49.6 in
80 kg/176 lbs
+5 hingga +40 °C/41 hingga 104°F
-10 hingga +50 °C/14 hingga 122°F
20% hingga 80% pada +30 °C/86°F
DC maks. 30V, 350W
Peraturan keselamatan
Semasa meja bergerak ke atas/bawah, jaga jarak keselamatan yang perlu
untuk mengelakkan risiko terhimpit antara bahagian atas meja yang
bergerak dan objek kekal di kawasan sekitarnya. Apabila meja diturunkan/
dinaikkan, pengguna hendaklah memerhatikan supaya tiada sesiapa yang
cedera atau tiada objek yang rosak. Bahagian atas meja tidak boleh disekat
oleh objek tetap yang mungkin berisiko menyebabkan meja itu terbalik.
Sentiasa alihkan sebarang kerusi pejabat sebelum meja diturunkan/
dinaikkan. Meja tripod tidak boleh diubah atau dibina semula walau dalam
apa cara sekalipun. Semasa kerja-kerja servis dan pembaikan meja, kabel
elektrik mesti dinyahsambungkan daripada soket dinding. Pengubahsuaian
pada kotak kawalan adalah dilarang sepenuhnya! Pengubahsuaian pada kaki
dilarang sama sekali! Meja tidak boleh digunakan sebagai peralatan untuk
mengangkat manusia.
Arahan penyelengaraan dan pembaikan
Selepas kira-kira 1 minggu penggunaan, periksa yang skru diketatkan dengan
betul. Jika meja tidak boleh diturunkan atau dinaikkan, periksa sambungan
antara palam kuasa meja dan soket dinding (soket) dan pastikan semua kabel
bersambung dengan kukuh pada tempatnya. Sekiranya mana-mana bahagian
sistem elektrik perlu diganti, kabel elektrik mesti dinyahsambung terlebih
dahulu dari soket dinding. Selepas selesai penggantian, sambungkan kabel
elektrik ke soket dinding (soket) dan kemudian selesaikan proses pengesetan
semula mengikut arahan pengesetan semula. Selepas pengesetan semula
berjaya tanpa sebarang masalah, meja kini sedia untuk digunakan Sekiranya
meja masih tidak berfungsi, sila hubungi gedung atau khidmat pelanggan
IKEA terdekat anda.
Menservis produk
Jangan cuba memperbaiki produk ini sendiri, kerana membuka atau
menanggalkan penutup boleh mendedahkan anda kepada titik voltan yang
berbahaya atau risiko-risiko lain.
Pengilang: IKEA Sweden Sweden
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDE
No. Telefon: +46(0)476-648500
SIMPAN ARAHAN INI
Simbol tong bersilang menunjukkan bahawa barang tersebut harus
dilupus secara berasingan daripada sampah isi rumah. Barangan
tersebut seharusnya diserahkan untuk dikitar semula mengikut peraturan
persekitaran setempat bagi pelupusan sampah. Dengan mengasing-asingkan
barangan bertanda daripada sampah isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke tempat pembakaran atau
tempat pelupusan sampah dan meminimumkan sebarang kemungkinan
kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Untuk maklumat
lebih lanjut, sila hubungi gedung IKEA anda.
Pengisytiharan Pematuhan EU disertakan dalam pembungkusan sebagai
dokumen berasingan.
28

Publicidad

loading