•
Apabila bateri semakin lama, kapasiti tersedianya berkurangan. Apabila
baki kapasiti pek bateri adalah rendah, jangan bergantung kepada pek bateri
sebagai bekalan utama.
•
Pastikan bateri dalaman mana-mana peranti yang disambungkan sentiasa dicas
untuk memberikan kuasa sandaran sekiranya pek bateri kehilangan kuasa.
•
Bahaya letupan—jangan gunakan dalam persekitaran anestetik mudah terbakar.
•
Sistem bateri tidak bertujuan untuk digunakan oleh individu (termasuk kanak-
kanak) yang mengalami kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan
pengawasan atau arahan tentang penggunaan sistem bateri oleh individu
yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
•
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan sistem bateri.
•
Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan penyesuai unit bekalan kuasa
sentiasa kering. Semasa disambungkan ke peranti dan menyahcas, sistem
bateri dinilaikan kepada IP21 (Kalis titisan) mengikut IEC-60529. Apabila
mengecas, sistem bateri dinilaikan kepada IP20 (Tiada perlindungan) kerana
penyesuai unit bekalan kuasa dinilaikan kepada IP20. Bekalan kuasa AC, pek
bateri, dan penukar DC dinilaikan kepada IP21.
•
Hanya gunakan bekalan kuasa ResMed yang serasi dengan pek bateri
RPSII-V2 untuk mengecas. Untuk senarai bekalan kuasa yang serasi untuk
pek bateri RPSII-V2, lihat Senarai Keserasian Unit Bekalan Kuasa / Peranti di
www.resmed.com/downloads/devices.
AWAS
•
Elakkan hentakan fizikal yang keras pada pek bateri.
•
Sebelum menggunakannya buat kali pertama, pastikan pek bateri dan
komponennya berada dalam keadaan baik dan boleh beroperasi. Jika
terdapat sebarang kecacatan, sistem tidak boleh digunakan.
•
Pek bateri hendaklah digunakan hanya mengikut penggunaan yang
dimaksudkan yang telah dinyatakan dalam panduan ini. Kerosakan kepada
peralatan atau kecederaan boleh berlaku akibat pengubahsuaian pada
peralatan atau pengendalian.
•
Sentiasa cas pek bateri sepenuhnya sebelum digunakan, atau sebelum
bergantung kepada pek bateri ini sebagai kuasa sandaran.
•
Pantau tahap cas pek bateri. Apabila tahap cas rendah, pastikan kesinambungan
kuasa dapat dikekalkan.
•
Apabila menggunakannya, sentiasa sambungkan palam kabel dari pek
bateri ke dalam peranti. Pastikan suis kuasa pek bateri dihidupkan untuk
memastikan pek bateri dapat memberikan kuasa sandaran.
•
Apabila mengangkut, matikan pek bateri, cabut semua kabel, dan letakkan
pek dalam beg pembawa.
Bahasa Melayu 9