Paras Bunyi
Paras Kuasa Bunyi Pemberat A 25 dBA
Paras Tekanan Bunyi Pemberat A pada 1 m 18 dBA
Pelupusan
Lupuskan mengikut peraturan setempat.
Keadaan Penyimpanan
Suhu: -20° C hingga 60° C
Kelembapan Relatif: 15% hingga 95%, tanpa pemeluwapan
8 Waranti Terhad
Respironics, Inc. menjamin bahawa sistem topengnya (termasuk bingkai dan kusyen topeng)
("Produk") bebas daripada kecacatan mutu kerja dan bahan dalam tempoh sembilan puluh
(90) hari dari tarikh pembelian ("Tempoh Waranti"). Jika Produk tidak berfungsi dalam
keadaan penggunaan biasa sepanjang Tempoh Waranti dan Produk dikembalikan kepada
Respironics dalam Tempoh Waranti, Respironics akan menggantikan Produk tersebut. Waranti
ini tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan oleh pemilik asal Produk. Remedi
penggantian yang disebutkan di atas akan menjadi remedi tunggal untuk pelanggaran waranti
yang disebutkan di atas.
Waranti ini tidak meliputi kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan,
pengabaian, pengubahsuaian, kegagalan untuk menggunakan atau mengekalkan Produk
dalam keadaan penggunaan biasa dan menurut terma risalah produk dan kecacatan lain yang
tidak berkaitan dengan bahan atau mutu kerja.
Waranti ini tidak terpakai untuk sebarang Produk yang mungkin telah dibaiki atau diubah
suai oleh sesiapa selain Respironics. Respironics menafikan semua liabiliti untuk kerugian
ekonomi, kehilangan keuntungan, overhed atau kerosakan tidak langsung, turutan, khas atau
sampingan yang mungkin didakwa berkait dengan sebarang penjualan atau penggunaan
Produk. Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan bagi
kerosakan sampingan atau turutan, oleh itu, pengehadan atau pengecualian di atas mungkin
tidak terpakai untuk anda.
WARANTI INI DIBERIKAN SEBAGAI GANTI BAGI SEMUA WARANTI LAIN YANG KETARA. SELAIN ITU,
SEBARANG WARANTI TERSIRAT, TERMASUK SEBARANG WARANTI BAGI KEBOLEHDAGANGAN
ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, SECARA KHUSUSNYA ADALAH DINAFIKAN.
SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENAFIAN BAGI WARANTI TERSIRAT, OLEH
ITU, PENGEHADAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI UNTUK ANDA. WARANTI INI MEMBERIKAN
ANDA HAK PERUNDANGAN KHUSUS DAN ANDA JUGA BOLEH MENUNTUT HAK LAIN DI BAWAH
UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI DALAM BIDANG KUASA KHUSUS ANDA.
Untuk menuntut hak anda di bawah waranti terhad ini, hubungi pengedar sah Respironics, Inc.
di tempat anda atau Respironics, Inc. di 1001 Murry Ridge Lane, Murrysville, Pennsylvania
15668, A.S. atau Respironics Deutschland GmbH & Co KG, Gewerbestraße 17, 82211 Herrsching,
Jerman.
280