Briggs & Stratton 26CC Manual Del Usuario página 138

Pulverizador tipo mochila
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 24
AMARAN BAHAYA MENGANGKAT BERAT.
Berat Sprayer mungkin melampaui keupayaan fizikal pengendali.
Penilaian had mengangkat pengendali sebelum menggunakan
perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan kecederaan belakang
atau lain-lain kecederaan yang serius disebabkan oleh mengangkat
berat. Mesin ini boleh mencapai berat melebihi 31kg apabila
penuh, bergantung kepada bahan kimia yang digunakan.JANGAN
menggunakan mesin jika pengendali mempunyai kecederaan
belakang terdahulu atau kecacatan fizikal.
• Apabila mula menggunakan ransel penyembur anda buat
kali pertama, periksa berat unit dengan tangki penyembur
yang kosong untuk memastikan keselesaan mengangkat dan
keupayaan. Mulakan dengan jumlah cecair yang anda boleh
bawa di belakang anda dan ia tidak semestinya pada kapasiti
penuh tangki penyembur. Anda boleh meningkatkan jumlah
cecair secara berperingkat bergantung kepada pengalaman dan
keupayaan pengendali.
• Rehatkan pengendali dengan kerap & keluarkan penyembur
dari belakang apabila tidak digunakan.
• Pengendali hendaklah hanya meningkatkan tahap keupayaan
pengisian tangki, selepas selesa menggunakan mesin itu
mengikut kawasan penggunaan dan alam sekitar.
• JANGAN isi atau tingkatkan kapasiti tangki semasa pengendali
masih memakai mesin. Hanya Isi tangki semasa di atas
permukaan tanah rata.
• Jangan sekali-kali mengangkat unit itu bersendirian dan
sentiasa gunakan amalan mengangkat yang selamat. Adalah
disyorkan apabila mengangkat ransel penyembur pada
belakang anda atau meletakkan ke bawah untuk menanggalkan,
letakkan unit ini di atas aras permukaan yang lebih tinggi
kira-kira separas pinggang. Contohnya, dengan menggunakan
Kerusi atau Sokongan Berdiri, Bangku kerja, atau dari dulang
bahagian belakang kenderaan utiliti.
• JANGAN terus mengangkat mesin dari tanah ke atas belakang
pengendali.
• JANGAN isi atau tambah kapasiti tangki semasa pengendali
dalam kedudukan duduk.
PERHATIAN Semburan tekanan tinggi boleh merosakkan barangan
rapuh termasuk kaca.
• JANGAN halakan pistol semburan ke arah kaca atau lain-lain
barangan rapuh.
PERHATIAN Pengendalian ransel penyembur yang tidak betul boleh
merosakkan dan memendekkan hayatnya.
• Jika anda mempunyai soalan tentang penggunaan yang
dimaksudkan, rujuk kepada pengedar atau hubungi pusat
perkhidmatan yang disahkan.
• JANGAN kendalikan unit dengan bahagian-bahagian alat yang
rosak atau hilang, atau tanpa perumah pelindung atau penutup.
• JANGAN memintas mana-mana peranti keselamatan pada mesin
ini.
• JANGAN mengubahsuai ransel penyembur dalam apa-apa cara
selain daripada yang dinyatakan dalam Panduan Pengendali ini.
• Sebelum memulakan ransel penyembur dalam cuaca sejuk,
periksa semua bahagian peralatan untuk memastikan tiada ais
terbentuk di situ.
• JANGAN pindahkan ransel penyembur dengan mengheret di
sepanjang tanah atau dengan menarik pada hos atau tetongkat.
Pindahkan unit hanya dengan mengangkat unit sama ada melalui
cengkaman mengangkat pada kedua sisi tangki penyembur atau
menggunakan tali.
138
BAHASA MELAYU
• Peralatan ini direka untuk digunakan dengan bahagian-
bahagian alatan Briggs & Stratton yang dibenarkan SAHAJA.
Jika peralatan digunakan dengan bahagian-bahagian alatan
yang TIDAK mematuhi spesifikasi minimum, pengguna akan
menanggung segala risiko dan liabiliti.
Keselamatan Pengendalian
• Baca, fahami, dan ikuti arahan dan amaran dalam buku
panduan ini dan pada mesin, enjin dan lampiran label,
sebelum digunakan.
• Produk ini telah direka dan bertujuan untuk aplikasi kawalan
pertanian dan perosak. Untuk bahan kimia/bahan tambahan
pertanian atau kawalan perosak seperti racun perosak, racun
herba dan racun serangga, sila ikut arahan pengeluar bahan
kimia untuk prosedur penggunaan yang disyorkan dan
langkah-langkah keselamatan. JANGAN gunakan penyembur
untuk tujuan selain daripada yang dimaksudkan.
• Sentiasa periksa jika terdapat apa-apa sekatan ke atas
penggunaan produk perlindungan tumbuhan dengan pihak
berkuasa tempatan/negara anda.
• Ketahui kawalan dan penggunaan yang betul mesin ini
sebelum mengangkat, memakai atau memulakan.
• Jika tidak pasti mengenai pengendalian ransel penyembur yang
betul, JANGAN kendalikan, dapatkan latihan pengendalian
yang selamat bagi ransel penyembur daripada profesional
terlatih atau penyedia latihan yang diiktiraf.
• Peralatan ini hanya boleh digunakan dalam keadaan cuaca
yang baik dan dengan penglihatan yang jelas.
• Pastikan anda berada dalam keadaan fizikal yang baik apabila
menggunakan produk ini. JANGAN kendalikan produk ini
apabila penat, sakit atau di bawah pengaruh alkohol, dadah
atau ubat.
• Pastikan kedudukan teguh dan seimbang pada setiap masa,
terutama apabila bekerja di sawah padi yang kebanyakan
keadaan tanahnya basah, licin, permukaan tidak sekata dan
dilitupi dengan lumpur tebal (kaki anda mungkin tersekat di
dalam lumpur).
• Lindungi diri anda apabila mengendalikan unit ini dengan
memakai kaca mata keselamatan, pakaian pelindung, sarung
tangan keselamatan, perlindungan telinga, perlindungan
pernafasan dan kasut tahan lasak - but keselamatan.
• Sentiasa memeriksa jika cagak getah berada dalam keadaan
yang baik. Jika cagak getah retak ataupun rosak, JANGAN
kendalikan produk sehingga komponen telah diganti.
• JANGAN sembur cecair mudah terbakar, boleh terbakar, atau
menghakis.
• JANGAN menyembur cecair panas.
• JANGAN gunakan untuk menyembur cat, pelarut atau pelekat.
• JANGAN gunakan berdekatan pembakaran tanaman atau
untuk tujuan membakar.
• JANGAN gunakan sebagai aparatus memadamkan api.
• JANGAN gunakan dengan aplikasi pembersihan kaustik atau
lain-lain
• JANGAN gunakan untuk aplikasi perubatan seperti kawalan
ternakan atau penyakit haiwan.

Publicidad

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Este manual también es adecuado para:

Bsk22026

Tabla de contenido