CARA
MENGGUNAKAN
PENYEMBUR ANDA
Jika anda mempunyai sebarang masalah mengendalikan ransel
penyembur anda, sila hubungi Briggs and Stratton di 1800 743
4115 atau kunjungi briggsandstratton.com
Menggunakan cecair kimia dicairkan
AMARAN BAHAYA BAHAN KIMIA TERBAKAR
Bahan kimia boleh menyebabkan terbakar
yang mengakibatkan kematian, kecederaan
serius dan/atau kerosakan harta benda.
• JANGAN gunakan cecair kaustik dengan ransel penyembur.
• HANYA gunakan bahan kimia yang selamat pertanian. Patuhi
semua arahan pengeluar.
• Sentiasa pakai kaca mata keselamatan, pakaian pelindung,
sarung tangan keselamatan, perlindungan pernafasan dan
kasut yang selamat.
• Basuh tangan anda selepas mengendalikan produk ini.
• JANGAN minum apa-apa cecair daripada produk ini.
AMARAN BAHAYA PERNAFASAN
Sesetengah bahan kimia pertanian boleh
memudaratkan
menyebabkan kematian, kecederaan serius, loya,
pengsan atau keracunan.
Mencampurkan bahan kimia/tambahan perlu dilakukan di
kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik dengan
pencahayaan yang mencukupi. Untuk campuran bahan kimia/
tambahan, sila rujuk pada arahan pengeluar kimia.
Untuk menggunakan cecair kimia yang dicairkan, ikuti langkah-
langkah berikut:
1. Buka penutup tangki penyembur (A).
2. Isikan cecair kimia dicairkan ke dalam tangki penyembur (C)
melalui penuras (B) menggunakan alat mengisi atau bekas yang
diluluskan oleh pengeluar kimia. Pastikan cecair kimia dicairkan
di dalam tangki penyembur adalah bebas daripada sebarang
serpihan.
3. Setelah diisi, tutup penutup tangki (A) dengan selamat.
BUKA
B
C
144
BAHASA MELAYU
OPERASI
RANSEL
jika
dihidu
atau
ditelan,
TUTUP
A
NOTA: JANGAN kendalikan atau mengisi tangki tanpa
penuras (B). Penggunaan tanpa penuras akan merosakkan
dan menyekat pam. JANGAN cairkan bahan tambahan dengan
air kotor, termasuk air dengan sisa organik atau sintetik yang
boleh menyekat pam.
NOTA:
Adalah disyorkan apabila memulakan untuk pertama
kalinya, ransel penyembur harus dimulakan dengan air bersih
untuk memeriksa kebocoran dan operasi yang betul.
AMARAN
Elakkan pencemaran alam sekitar semasa membancuh dan
mengisi. Sebarang tumpahan bahan kimia perlu dibersihkan
dengan segera untuk mengelakkan sebarang bahan kimia dari
memasuki ke dalam laluan air, pembetung atau berhampiran
sungai. Sila rujuk kepada arahan pengeluar bahan kimia.
Menggunakan bahan api dan minyak
Campuran Minyak dan Bahan api
Gunakan botol yang disediakan dan campurkan petrol dan
minyak 2-kitaran berkualiti tinggi dengan pada nisbah 25:1
petrol ke minyak.
Bahan api mesti memenuhi syarat-syarat ini:
• Bersih, segar, petrol tanpa plumbum
• Sekurang-kurangnya 87 octana/87 AKI (91 RON).
• Petrol dengan sehingga 10% etanol (gasohol) atau sehingga
15% MTBE (metil tertiari butil eter) boleh diterima.
AWAS
Jangan gunakan petrol tidak diluluskan, seperti E85. Jangan
ubah suai enjin untuk berfungsi pada bahan api alternatif. Ini
akan merosakkan komponen-komponen enjin dan membatalkan
waranti enjin.