Jabra BT2080 Manual Del Usuario página 472

Tabla de contenido

Publicidad

Menolak panggilan*
- tekan (kira-kira 1 saat) butang jawab/tamat apabila telefon
berdering untuk menolak panggilan masuk . bergantung kepada
seting telefon anda, orang yang anda hubungi akan sama ada
dibawa ke mel suara atau akan mendengar isyarat sibuk .
Membuat panggilan
- apabila anda membuat panggilan dari telefon mudah alih
anda, panggilan akan (tertakluk kepada seting telefon) secara
automatik dipindahkan ke alat dengar anda . Jika telefon anda
tidak membenarkan ciri ini, ketik pada butang jawab/tamat
bt2080 untuk memindahkan panggilan ke alat dengar . tekan
butang jawab/tamat dan butang naik kelantangan secara
serentak, anda boleh memindahkan balik panggilan ke telefon .
Aktifkan dailan suara*
- tekan butang jawab/tamat . Untuk hasil terbaik, rekod tag
dailan suara melalui alat dengar anda . Sila rujuk manual
pengguna telefon anda untuk mendapatkan maklumat
selanjutnya mengenai menggunakan ciri ini .
Mendail semula nombor terakhir*
- Ketik dua kali pada butang jawab/tamat apabila alat dengar
disambungkan ke telefon anda .
Laraskan bunyi dan kelantangan*
- Ketik kelantangan atas atau bawah untuk melaras kelantangan .
Bisu/nyahbisu
- Untuk membisukan, tekan kedua-dua kelantangan naik dan
turun secara serentak . bunyi bip yang perlahan dimainkan
semasa panggilan .
- Untuk membunyikan suara, ketik mana-mana butang
kelantangan .
Panggilan menunggu dan membuat panggilan tunda*
- Ini kemudiannya membolehkan anda menundakan panggilan
semasa perbualan dan menjawab panggilan yang menunggu .
- tekan butang jawab/tamat sekali untuk menundakan
panggilan aktif dan menjawab panggilan menunggu .
- tekan butang jawab/tamat untuk beralih di antara kedua-dua
panggilan .
- Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan aktif .
* bergantung kepada telefon
Jabra bt2080
7

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido