Penjagaan Bateri Terbina Dalam - Jabra BT2080 Manual Del Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

- Jangan sekali-kali cuba membuka produk itu sendiri . tiada
komponen yang dapat diganti atau dibaiki oleh pengguna .
Hanya peniaga sah atau pusat perkhidmatan boleh membuka
produk . Jika mana-mana bahagian produk anda memerlukan
penggantian atas sebarang sebab, termasuklah haus dan lusuh
akibat penggunaan atau pecah, hubungi wakil peniaga anda .
- Elakkan daripada mendedahkan produk anda kepada hujan,
lembapan atau cecair lain untuk melindungi produk daripada
kerosakan dan kecederaan kepada diri anda .
- Patuhilah semua papan tanda dan arahan yang memerlukan
peranti elektrik atau produk radio rF dimatikan dalam kawasan-
kawasan yang ditentukan seperti hospital atau kapal terbang .
Ingat: Sentiasa memandu dengan selamat, elakkan gangguan
dan patuhi undang-undang setempat!
Menggunakan set kepala semasa mengendalikan kenderaan
bermotor, motosikal, kenderaan air atau basikal mungkin
berbahaya, dan adalah salah di sisi undang-undang dalam
sesetengah bidang kuasa, seperti mana penggunaan set kepala
ini dengan kedua-dua belah telinga tertutup semasa memandu
adalah tidak dibenarkan dalam sesetengah bidang kuasa .
Semak undang-undang setempat anda . berhati-hatilah ketika
menggunakan set kepala anda semasa menjalankan sebarang
aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya . Selain itu,
janganlah mengambil nota atau membaca dokumen .

PEnJagaan BaTERI TERBIna daLaM:

- Peranti anda diberi kuasa oleh bateri yang boleh dicas semula .
- Prestasi sepenuhnya bagi bateri baru hanya akan tercapai
selepas dua atau tiga kitaran cas dan nyahcas yang lengkap .
- bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi
ia akan beransur-ansur haus . Cas semula bateri anda hanya
dengan pengecas diluluskan yang disediakan dan khusus
untuk peranti ini .
- tanggalkan pengecas daripada palam elektrik dan peranti
apabila tidak digunakan . Jangan biarkan bateri yang telah
dicas sepenuhnya bersambung kepada pengecas, kerana
pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayat bateri .
Jabra bt2080
12

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido