Canon imageCLASS MF113w Configuración Rápida página 66

Ocultar thumbs Ver también para imageCLASS MF113w:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 36
Lampiran
Arahan Keselamatan
Penting
Bab ini menerangkan arahan keselamatan
penting untuk mencegah kecederaan kepada
pengguna mesin ini dan orang lain, di samping
kerosakan harta. Baca bab ini sebelum
menggunakan mesin tersebut dan ikut arahan
untuk menggunakan mesin dengan betul.
Jangan lakukan apa-apa operasi yang tidak
diterangkan dalam manual ini. Canon tidak akan
bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan
yang timbul daripada operasi yang tidak
diterangkan dalam manual ini, penggunaan yang
tidak betul, atau pembaikan atau pengubahan
yang tidak dilakukan oleh Canon atau pihak
ketiga yang dibenarkan oleh Canon.
Pengendalian atau penggunaan mesin ini
dengan cara yang tidak betul boleh
mengakibatkan kecederaan diri dan/atau
kerosakan yang memerlukan pembaikan yang
banyak yang mungkin tidak dilindungi di bawah
Waranti Terhad anda.
AMARAN
Menunjukkan amaran mengenai operasi
yang boleh menyebabkan seseorang mati
atau tercedera jika tidak dilakukan dengan
betul. Untuk menggunakan mesin dengan
selamat, selalu berikan perhatian kepada
amaran ini.
AWAS
Menunjukkan awas mengenai operasi yang
boleh menyebabkan seseorang tercedera jika
tidak dilakukan dengan betul. Untuk
menggunakan mesin dengan selamat, selalu
berikan perhatian kepada awas ini.
PENTING
Menunjukkan keperluan dan sekatan operasi.
Pastikan anda membaca item-item ini
dengan teliti untuk mengendalikan mesin
dengan betul dan mengelakkan kerosakan
pada mesin atau harta.
Pemasangan
Untuk menggunakan mesin ini dengan selamat
dan selesa, baca langkah berjaga-jaga berikut
dengan teliti dan pasang mesin di lokasi yang
sesuai.
AMARAN
Jangan pasang di lokasi yang boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik
• Lokasi yang slot pengudaraan tersekat (terlalu
dekat dengan dinding, katil, sofa, permaidani
atau objek yang serupa)
• Lokasi yang lembap atau berhabuk
• Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari
terus atau di luar rumah
• Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi
• Lokasi yang terdedah kepada nyalaan terbuka
• Berhampiran dengan alkohol, pencair cat atau
bahan mudah terbakar lain
Ms
66
Amaran lain
• Jangan sambungkan kabel yang tidak
diluluskan kepada mesin ini. Berbuat demikian
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
• Jangan letakkan rantai dan objek logam lain
atau bekas yang diisi dengan cecair pada
mesin. Jika bahan asing bersentuhan dengan
bahagian elektrik di dalam mesin, ia boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jika sebarang bahan asing jatuh ke dalam
mesin ini, cabut palam kuasa daripada saluran
keluar kuasa AU dan hubungi pengedar Canon
yang sah di tempat anda.
AWAS
Jangan pasang di lokasi berikut
Mesin mungkin terlepas atau jatuh,
menyebabkan kecederaan.
• Lokasi yang tidak stabil
• Lokasi yang terdedah kepada gegaran
Awas lain
• Apabila membawa mesin ini, ikut arahan
dalam manual ini. Jika dibawa dengan tidak
betul, ia mungkin jatuh dan menyebabkan
kecederaan.
• Apabila memasang mesin ini, berhati-hati
supaya tangan anda tidak terperangkap di
antara mesin dengan lantai atau dinding.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
kecederaan.
PENTING
Jangan pasang di lokasi berikut
Berbuat demikian boleh merosakkan mesin.
• Lokasi yang terdedah kepada suhu dan
kelembapan yang melampau, sama ada
rendah atau tinggi
• Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu
atau kelembapan yang mendadak
• Lokasi yang berhampiran dengan peralatan
yang menghasilkan gelombang magnet atau
elektromagnet
• Makmal atau lokasi yang berlakunya tindak
balas kimia
• Lokasi yang terdedah kepada gas mengkakis
atau toksik
• Lokasi yang boleh meleding akibat berat
mesin atau yang boleh menyebabkan mesin
tenggelam (permaidani dll.)
Elakkan lokasi kurang pengudaraan
Mesin ini menjanakan sedikit ozon dan
pemancaran lain semasa penggunaan biasa.
Pemancaran ini tidak memudaratkan kesihatan.
Walau bagaimanapun, ia mungkin ketara semasa
penggunaan lanjutan atau jalanan pengeluaran
yang lama di dalam bilik yang kurang
pengudaraan. Untuk mengekalkan persekitaran
kerja yang selesa, disyorkan supaya bilik mesin
beroperasi mempunyai pengudaraan yang
sewajarnya. Selain itu, elakkan lokasi yang akan
membuatkan orang terdedah kepada
pemancaran daripada mesin.
Jangan pasang di lokasi yang berlakunya
pemeluwapan
Titisan air (pemeluwapan) mungkin terbentuk di
dalam mesin apabila bilik yang menempatkan
mesin dipanaskan dengan cepat dan apabila
mesin dialihkan dari lokasi yang sejuk atau kering
ke lokasi yang panas atau lembap. Penggunaan
mesin di bawah keadaan ini boleh menyebabkan
kertas tersangkut, kualiti cetakan yang rendah
atau kerosakan pada mesin. Biarkan mesin sesuai
dengan suhu dan kelembapan sekitar selama
sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
Pada ketinggian melebihi aras laut 3,000 m
atau lebih tinggi
Mesin dengan cakera keras mungkin tidak
beroperasi dengan baik apabila digunakan pada
ketinggian yang tinggi iaitu lebih kurang 3,000
meter melebihi aras laut atau lebih tinggi.
Apabila menggunakan LAN wayarles
• Pasang mesin pada jarak 50 meter atau kurang
daripada penghala LAN wayarles.
• Seberapa boleh, pasang di lokasi yang
komunikasi tidak dihalang oleh objek yang
mengganggu. Isyaratnya mungkin menjadi
lemah apabila menembusi dinding atau lantai.
• Letakkan mesin sejauh yang mungkin
daripada telefon tanpa kord digital, ketuhar
gelombang mikro atau peralatan lain yang
memancarkan gelombang radio.
• Jangan gunakan berhampiran dengan
peralatan perubatan. Gelombang radio yang
dipancarkan daripada mesin ini boleh
mengganggu peralatan perubatan, yang
seterusnya boleh menyebabkan kerosakan
dan kemalangan.
Jika hingar operasi mengganggu anda
Bergantung pada persekitaran penggunaan dan
mod operasi, jika hingar operasi mengganggu
anda, disyorkan supaya mesin dipasang di tempat
selain daripada pejabat.
Bekalan Kuasa
AMARAN
• Gunakan hanya bekalan kuasa yang
memenuhi keperluan voltan yang ditentukan.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jangan gunakan kord kuasa selain daripada
yang disediakan kerana ini boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Kord kuasa yang disediakan adalah bertujuan
untuk digunakan dengan mesin ini. Jangan
sambungkan kord kuasa kepada peranti lain.
• Jangan ubah suai, tarik, bengkokkan secara
paksa atau lakukan apa-apa perbuatan lain
yang boleh merosakkan kord kuasa. Jangan
letakkan objek berat di atas kord kuasa.
Merosakkan kord kuasa boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jangan pasang atau cabut palam kuasa
dengan tangan yang basah kerana ini boleh
menyebabkan kejutan elektrik.
• Jangan gunakan kord pemanjangan atau jalur
kuasa berbilang palam dengan mesin. Berbuat
demikian boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
• Jangan balut kord kuasa atau
menyimpulkannya kerana ini boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Masukkan palam kuasa sepenuhnya ke dalam
saluran keluar kuasa AU. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
• Keluarkan palam kuasa sepenuhnya daripada
saluran keluar kuasa AU semasa ribut petir.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau
kerosakan pada mesin.
• Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin
adalah selamat dan mempunyai voltan yang
tetap.
• Simpan kord kuasa jauh daripada punca haba;
kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan salutan kord kuasa lebur dan
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass mf112

Tabla de contenido