Bahasa Malaysia - IKEA SJOMARKE Serie Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para SJOMARKE Serie:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 20

Bahasa Malaysia

Ciri-ciri pengecas
• Mengecas peranti yang diperakui Qi secara
wayarles.
• Disahkan mengikut spesifikasi Qi 1.2.4 BPP.
• Monitor suhu dan kuasa untuk keselamatan.
• Penunjuk status LED.
Arahan penggunaan
• Sambungkan kabel pengecas pada penyesuai
kuasa dan palamkan ke dalam soket dinding..
• Untuk pengecasan tanpa wayar, letakkan peranti
untuk dicas di atas tanda tambah (+) di atas
meja. Peranti mesti diletakkan terus di atas tanda
ditambah (+) di atas meja agar fungsi pengecasan
berfungsi secara optimum. Sila ambil perhatian
bahawa pada sesetengah peranti, anda mungkin
perlu mengaktifkan pengecasan tanpa wayar
dalam tetapan.
• Jika bateri anda habis sepenuhnya, ia mungkin
mengambil masa beberapa minit sebelum ia
mula dicas. Ini sama sekali normal. Anda boleh
melihat bahawa bateri telah mula dicaj apabila
simbol bateri terpapar pada peranti anda.
Penunjuk LED (lihat ilustrasi):
1. Pasang kuasa: LED menyala selama 3 saat.S.
2. Mengecas: LED buka.
3. Mengecas selesai: LED tutup.
4. Ralat: LED berkelip.
Maklumat memanfaatkan
• Jarak antara peranti dan pengecas hendaklah
seminimum 8mm dan semaksimum 22 mm, atau
pengecas tidak akan mula mengecas.
• Fungsi pengecasan berfungsi dengan setiap
bahan kecuali besi.
• Jarak antara pengecas dan sebarang objek besi
(seperti bingkai meja) hendaklah sekurang-
kurangnya 30 mm, jika tidak pengecasan tidak
akan bermula dan LED akan mula bernyala untuk
menunjukkan ralat.
• Sarung telefon mudah alih yang mengandungi
besi atau komponen bermagnet akan
menganggu fungsi pengecasan dan oleh itu
hendaklah dikeluarkan sebelum pengecasan.
• Peranti mungkin menjadi panas semasa
pengecasan; ini adalah keadaan biasa dan ia
akan beransur sejuk semula selepas is dicas
sepenuhnya.
• Masa pengecasan mungkin berbeza mengikut
kapasiti bateri peranti, tahap pengecasan, usia
bateri dan suhu di kawasan persekitaran.
• Suhu storan pengecas: -20°C hingga 25°C.
• Suhu operasi pengecas: 0°C hingga 40°C.
• Cabut palam pengecas daripada sumber kuasa
sebelum pembersihan dan sewaktu tidak
digunakan.
• Untuk membersihkan pengecas, lap
menggunakan kain lembap. Jangan sesekali
tenggelamkan pengecas di dalam air.
Langkah berjaga-jaga yang disyorkan dan data
teknikal: Lihat bahagian belakang pengecas.
Simpan arahan ini untuk kegunaan pada masa
hadapan.
AMARAN:
• Cas peranti sahaja yang diperakui Qi.
• Soket dinding mesti terletak berdekatan
peralatan dan mesti mudah dicapai.
• Hanya gunakan di lokasi kering.
• Hanya gunakan penyesuai 24V yang disertakan
dengan unit pengecas tanpa wayar. Penyesuaian
lain boleh menyebabkan kerosakan pada unit.
• Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan produk.
• Jangan biarkan unit terdedah pada persekitaran
basah, lembap atau berhabuk yang berlebihan
kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada
unit.
• Jika kord rosak, produk hendaklah dimusnahkan.
• Jangan memasang produk di atas meja yang
tingginya melebihi daripada 1.5m.
34

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido