DJI D12000iE Guía De Usuario página 55

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 82
• Bateri perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum disambungkan kepada penjana.
• Penjana akan cuba menghidupkan suis enjin secara automatik, maksimum sebanyak tiga kali setiap kali suis dialihkan
kepada kedudukan Mula dengan selang lima saat antara setiap percubaan. Jika penjana gagal dihidupkan selepas
tiga percubaan automatik atau berhenti sejurus selepas dimulakan, sambungkan penjana kepada alat kawalan jauh
untuk melihat maklumat lanjut mengenai kerosakan ini.
• Jika terdapat sebarang peranti elektrik yang berfungsi bersambung kepada salur keluar AC semasa mengecas bateri,
kapasiti pengecasan untuk bateri akan berkurangan dengan sewajarnya dan masa pengecasan akan dilanjutkan.
Menghentikan Penjana
1. Matikan semua peranti elektrik yang disambungkan.
2. Alihkan suis enjin ke kedudukan OFF dan penjana akan berhenti berfungsi.
3. Putuskan sambungan semua peranti elektrik yang disambungkan.
Storan dan Penyelenggaraan
Storan
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk penyimpanan jika penjana tidak
akan digunakan selama melebihi 30 hari.
1. Sebelum menyimpannya, hidupkan penjana dan biarkan penjana
berfungsi selama lima hingga sepuluh minit untuk pemanasan.
Seterusnya, matikan penjana untuk menyalurkan minyak enjin.
2. Keluarkan hos saluran minyak enjin, buka penutup dengan
memutarnya secara berlawanan arah jam dan salur keluar semua
minyak enjin.
JANGAN sentuh minyak enjin yang panas untuk mengelakkan
daripada melecur.
3. Pasang semula hos saluran minyak enjin pada tempatnya dan putar
penutup secara mengikut arah jam untuk mengetatkannya.
4. Tanggalkan bolt saluran bahan api di bahagian bawah tangki bahan
api, salur keluar bahan api dengan menggunakan corong kemudian
simpan bahan api tersebut dalam bekas khusus untuk mengelakkan
pembentukan gam. Pasangkan semula bolt saluran bahan api
setelah bahan api disalurkan keluar sepenuhnya. Bersihkan corong
dan lapnya dengan kain kering sebelum disimpan.
5. Tekan untuk membuka pengunci pada penyambung paip minyak
tekanan tinggi, keluarkan paip dan salur keluar bahan api di
dalamnya. Pasang semula paip di tempatnya.
6. Simpan penjana di tempat yang sejuk, kering dan bersih.
Pengangkutan
Suhu penjana, terutamanya sistem ekzosnya mungkin berubah menjadi sangat panas semasa berfungsi. Untuk
mengelakkan daripada melecur atau kebakaran bahan mudah terbakar, sekiranya penjana sedang digunakan,
tunggu sekurang-kurangnya 15 minit bagi menyejukkan penjana sebelum dipindahkan ke dalam kenderaan
pengangkutan. Pastikan penjana adalah stabil sewaktu pengangkutan untuk mengelakkan tumpahan.
54
Bolt Saluran Minyak
Penyambung Paip Minyak
Tekanan Tinggi

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido