Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Hanya untuk negara-negara EU
Ni-MH
Disebabkan kehadiran komponen
Li-ion
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.
Sila gunakan dengan berhati-hati dan
penuh perhatian.
Radiasi Optik (UV dan IR).
Kurangkan pendedahan kepada mata
atau kulit.
Jangan merenung pada lampu operasi.
Gunakan perisai atau pelindung mata yang
sesuai.
Jangan gunakan alat dalam keadaan
hujan, salji, lembap atau basah apabila
menggunakan dengan kuasa AC.
Butang mula semula pemutus.
Catatan
Produk ini mengandungi sumber cahaya kelas
kecekapan tenaga <C> dan <D>.
Bekalan kuasa
Alat ini perlu disambungkan hanya kepada bekalan
kuasa dengan voltan yang sama seperti yang
ditunjukkan pada papan nama, dan hanya boleh
dikendalikan pada bekalan AC fasa tunggal. Alat
ini hendaklah dibumikan semasa digunakan bagi
melindungi operator daripada renjatan elektrik.
Gunakan kord sambungan tiga wayar sahaja yang
mempunyai palam jenis pembumian tiga serampang
dan bekalan kutub tiga yang menerima palam alat.
AMARAN KESELAMATAN
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan
dan semua arahan. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
BACA DAN IKUTI SEMUA
ARAHAN KESELAMATAN.
Apabila alat tidak digunakan, sentiasa matikan,
1.
dan cabut / keluarkan kartrij bateri daripada
alat.
Jangan tutup lampu, atau sumbatkan bolong
2.
alat dengan kain atau karton, dll. Jika tidak, ia
boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan gunakan alat dalam keadaan hujan,
3.
salji, lembap atau basah apabila menggunakan
dengan kuasa AC.
4.
Jangan dedahkan alat kepada hujan lebat atau
salji. Jangan sekali-kali mencuci alat di dalam
air. Jika tidak, air mungkin masuk ke dalam alat
dan akibatnya alat tidak berfungsi.
Jangan gunakan alat dalam atmosfera yang
5.
mudah meletup, seperti dengan kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Palam alat mesti sepadan dengan salur
6.
keluar. Jangan ubah suai palam dalam apa
cara sekalipun. Penggunaan palam yang tidak
diubah suai dan salur keluar yang sepadan akan
mengurangkan risiko kejutan elektrik.
7.
Semasa mengendalikan alat, elakkan sentuhan
badan dengan permukaan terbumi, seperti
paip, radiator, ketuhar gelombang mikro, atau
peti sejuk. Terdapat peningkatan risiko kejutan
elektrik jika badan anda menyentuhi bumi.
8.
Jangan salah gunakan kord. Jangan gunakan
kord untuk membawa, menarik atau mencabut
alat. Jauhkan kord daripada haba, minyak,
bucu tajam atau bahagian yang bergerak. Kord
yang rosak atau tersimpul meningkatkan risiko
kejutan elektrik.
Jika kabel atau kord fleksibel luaran sistem
9.
lampu ini rosak, ia hendaklah digantikan
dengan kord khas atau kord yang tersedia
khusus daripada pengilang atau ejen
perkhidmatannya.
10. Jangan merenung sumber cahaya secara
langsung.
Jangan pegang palam dengan tangan basah
11.
atau berminyak.
12. Sentiasa letakkan alat di tempat yang rata dan
stabil. Jika tidak, kemalangan terjatuh mungkin
berlaku.
13. Sentiasa letakkan alat dalam kedudukan
menegak.
48 BAHASA MELAYU