kawalan dihidupkan, Bluetooth
berdekatan. Pilih rutin dalam Aplikasi Hyperice dan jika digesa, ketik "Scan for Devices" (Imbas untuk
Mengesan Peranti). Pilih sistem anda apabila sistem tersebut dipaparkan pada skrin. HyperSmart™
akan memulakan sesi anda secara automatik dan melaraskan tekanan sepanjang sesi.
KESELAMATAN SIBER
Bagi memastikan keselamatan siber, anda disarankan untuk menetapkan tetapan Aplikasi
Hyperice supaya kemas kini dapat dimuat turun secara automatik. Anda juga disarankan untuk
sentiasa memastikan Sistem Operasi anda dikemas kini dan tetapan sistem dilaraskan untuk
memuat turun kemas kini secara automatik.
MEMBERSIHKAN SISTEM
Untuk membersihkan unit kawalan:
• Lap sistem dengan kain lembap yang bersih.
• Keringkan sepenuhnya dengan kain yang bersih.
Membersihkan alat tambahan kaki, lengan atau pinggul untuk kegunaan satu orang sahaja:
• Lap bahagian dalam dan luar alat tambahan kaki, lengan atau pinggul dengan kain
lembap yang bersih.
• Keringkan sepenuhnya dengan kain yang bersih.
• Jangan cuci atau keringkan menggunakan mesin.
• Jangan cuci kering.
MENYELENGGARA SISTEM
Unit kawalan, hos, pengecas dan alat tambahan (kaki, lengan atau pinggul) tidak perlu
diselenggara atau diservis secara rutin melainkan untuk penjagaan dalam bahagian ini.
MENYIMPAN SISTEM
Simpan unit kawalan, hos, pengecas dan alat tambahan (kaki, lengan atau pinggul) di lokasi
yang bersih dan kering.
ALAT GANTI
Sila hubungi khidmat pelanggan melalui nombor telefon +1.949.565.4994 atau lawati laman web
kami hyperice.com untuk mendapatkan maklumat tentang alat ganti dan aksesori yang tersedia.
MAKLUMAT TEKNIKAL
Jangan cuba ceraikan sistem. Sistem tidak mengandungi bahagian yang boleh diservis oleh
pengguna. Tiada fius yang boleh diganti oleh pengguna.
TEKNOLOGI WAYARLES BLUETOOTH
Tanda dan logo perkataan Bluetooth dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan penggunaan tanda
tersebut oleh Hyperice adalah berlesen. Sekiranya sambungan Bluetooth yang stabil terputus,
sistem akan cuba menyambung semula secara automatik. Unit kawalan Normatec 3 berautonomi
sepenuhnya dan akan terus beroperasi seperti biasa, walaupun semasa sambungan terputus.
Jika unit kawalan ini menyebabkan gangguan yang boleh ditentukan dengan mematikan dan
menghidupkan unit kawalan, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan dengan
menukar arah atau kedudukan unit kawalan, meningkatkan jarak di antara peralatan dengan unit
kawalan atau menyambungkan unit kawalan kepada salur keluar kuasa yang berbeza pada litar
jika unit kawalan disambungkan kepada salur keluar kuasa.
Unit kawalan Normatec 3 menggunakan teknologi wayarles Bluetooth 5.0 dengan spesifikasi
radio berikut:
Frekuensi
Modulasi
Memancarkan Kuasa
Sensitiviti Penerima
Keselamatan
FCC ID: 2AY3Y-NT3 IC:23655-NT3
FCC ID: 2AY3Y-NT3A IC:23655-NT3A
Rujuk label peranti untuk mendapatkan butiran lanjut.
Unit kawalan ini mematuhi bahagian 15 Peraturan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan
(Federal Communications Commission atau FCC). Pengendalian tertakluk pada dua syarat
berikut: (1) Unit kawalan ini tidak akan menyebabkan gangguan yang memudaratkan dan (2) unit
diaktifkan pada telefon anda dan unit kawalan anda berada
®
FCC ID: 2AY3Y-NT3
IC: 23655-NT3
FCC ID: 2AY3Y-NT3A
IC: 23655-NT3A
2402 hingga 2480 MHz
GFSK
+4 dBm
-96 dBm (mod BLE)
AES HW