Descargar Imprimir esta página

Normatec 3 Instrucciones Originales página 179

Ocultar thumbs Ver también para 3:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 74
yang diliputi oleh Waranti yang disebut di atas semasa tempoh waranti yang terpakai, hubungi
Hyperice melalui nombor telefon +1.949.565.4994 atau customersupport@hyperice.com.
Semua bahagian dan produk yang digantikan menjadi hak milik Hyperice. Alat ganti dan produk
yang baharu atau dibaiki mungkin digunakan dalam pelaksanaan perkhidmatan Waranti. Alat
ganti dan produk yang dibaiki atau diganti tertakluk pada waranti untuk baki tempoh waranti
asal sahaja. Anda akan dikenakan bayaran untuk pembaikan atau penggantian alat ganti dan
produk yang dibuat selepas tempoh Waranti yang terpakai tamat.
DASAR PEMULANGAN
Dasar ini hanya dikenakan jika anda pengguna akhir dan anda membeli peralatan secara terus
daripada Hyperice. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, item tersebut
boleh dipulangkan dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian. Semua pemulangan
tertakluk pada syarat yang tertera di bawah.
• Pemulangan mestilah disertakan dengan nombor Kebenaran Pemulangan Barang Niaga
(Return Merchandise Authorization, RMA). Dapatkan nombor RMA dengan menghubungi
kami melalui nombor telefon +1.949.565.4994 atau customersupport@hyperice.com.
Item yang dikembalikan tanpa nombor RMA tidak layak untuk dikreditkan kepada akaun
anda.
• Item yang hendak dipulangkan mestilah dihantar dalam masa 30 hari dari tarikh
pembelian.
• Produk dan pembungkusan perlu dikembalikan dalam keadaan baharu dan tidak rosak.
Mana-mana produk yang menunjukkan tanda-tanda lusuh atau kotor dalam apa-apa
cara akan dianggap "tidak boleh diterima" dan anda akan dimaklumkan. Item yang tidak
boleh dipulangkan akan dikirimkan semula kepada anda selepas bayaran untuk kos
pemeriksaan/penghantaran dibuat.
• Jika anda menolak penghantaran pesanan anda atas apa-apa sebab, anda akan
menerima bayaran balik untuk kos pesanan anda tanpa bayaran penghantaran.
• Semua bayaran balik separa atau penuh akan dipaparkan pada akaun kad kredit yang
digunakan untuk pembelian.
• Hyperice tidak bertanggungjawab atas item yang hilang atau rosak semasa
penghantaran.
MAKLUMAT FDA
MedWatch ialah program Pentadbiran Makanan dan Uba (Food and Drug Administration, FDA)
untuk melaporkan tindak balas yang serius, masalah yang berkaitan dengan kualiti produk,
ketaksamaan/kegagalan terapeutik dan ralat penggunaan produk yang melibatkan produk
perubatan manusia, termasuk ubat, produk biologi, peranti perubatan, produk makanan
tambahan, susu formula untuk kanak-kanak serta kosmetik. Sekiranya anda mengesyaki anda
atau ahli keluarga anda telah mengalami tindak balas yang serius terhadap produk perubatan,
anda digalakkan untuk menyerahkan borang laporan tersebut kepada doktor anda. Doktor
anda boleh memberikan maklumat klinikal berdasarkan rekod perubatan anda yang mungkin
dapat membantu FDA menilai laporan anda. Walau bagaimanapun, kami faham sekiranya anda
mempunyai alasan tersendiri untuk tidak membenarkan doktor anda mengisi borang tersebut
atau jika doktor anda sendiri tidak mahu berbuat demikian. Doktor anda TIDAK dikehendaki
untuk menyampaikan sebarang laporan kepada FDA. Dalam hal ini, anda boleh melengkapkan
Borang Laporan Dalam Talian sendiri. Anda akan menerima pemberitahuan daripada FDA
apabila laporan anda diterima. Laporan anda akan dinilai oleh kakitangan FDA. Anda akan
dihubungi sekiranya kami memerlukan maklumat tambahan.

Publicidad

loading