Canon imageCLASS MF269dw Introducción página 91

Ocultar thumbs Ver también para imageCLASS MF269dw:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 44
• Keluarkan palam kuasa sepenuhnya daripada
saluran keluar kuasa AU semasa ribut petir.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau
kerosakan pada mesin.
• Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin
adalah selamat dan mempunyai voltan yang
tetap.
• Simpan kord kuasa jauh daripada punca haba;
kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan salutan kord kuasa lebur dan
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Elakkan keadaan berikut:
Jika tegasan berlebihan dikenakan pada bahagian
sambungan kord kuasa, ia boleh merosakkan
kord kuasa atau wayar di dalam mesin boleh
tercabut. Ini boleh menyebabkan kebakaran.
– Menyambungkan dan mencabut kord kuasa
dengan kerap.
– Tersandung pada kord kuasa.
– Kord kuasa bengkok berhampiran dengan
bahagian sambungan dan tegasan berterusan
dikenakan pada saluran keluar kuasa atau
bahagian sambungan.
– Mengenakan daya berlebihan pada palam
kuasa.
AWAS
• Pasang mesin ini berhampiran dengan saluran
keluar kuasa dan biarkan ruang yang
mencukupi di sekitar palam kuasa supaya
dapat dicabut dengan mudah dalam keadaan
kecemasan.
PENTING
Apabila menyambungkan kuasa
• Jangan sambungkan kord kuasa kepada
sumber kuasa tanpa gangguan. Berbuat
demikian boleh menyebabkan kepincangan
tugas atau kerosakan pada mesin semasa
terputusnya bekalan kuasa.
• Jika anda memasang palam mesin ini ke
dalam saluran keluar kuasa AU dengan
berbilang soket, jangan gunakan soket yang
tinggal untuk menyambungkan peranti lain.
• Jangan sambungkan kord kuasa kepada
saluran keluar kuasa AU tambahan pada
komputer.
Langkah berjaga-jaga lain
Hingar elektrik boleh menyebabkan mesin ini
rosak atau kehilangan data.
Pengendalian
AMARAN
• Cabut palam kuasa daripada saluran keluar
kuasa AU dengan segera dan hubungi
pengedar Canon yang sah jika mesin
mengeluarkan bunyi yang luar biasa,
mengeluarkan bau yang luar biasa atau
mengeluarkan asap atau haba yang
berlebihan. Penggunaan berterusan boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jangan ceraikan atau ubah suai mesin ini.
Terdapat komponen yang bervoltan tinggi
dan bersuhu tinggi di dalam mesin.
Penceraian atau pengubahsuaian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Letakkan mesin di tempat yang kanak-kanak
tidak akan tersentuh kord kuasa dan kabel atau
gear lain serta bahagian elektrik di dalam
mesin. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kemalangan yang tidak
dijangka.
• Jangan gunakan semburan mudah terbakar
berhampiran dengan mesin ini. Jika bahan-
bahan mudah terbakar bersentuhan dengan
bahagian-bahagian elektrik di dalam mesin ini,
ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
• Apabila mengalihkan mesin ini, pastikan kuasa
mesin ini DIMATIKAN dan kemudian cabut
palam kuasa dan kabel antara muka.
Kegagalan berbuat demikian boleh
merosakkan kord kuasa atau kabel antara
muka, menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
• Apabila memasang atau mencabut palam
kabel USB semasa palam kuasa dipasang pada
saluran keluar kuasa AU, jangan sentuh
bahagian logam penyambung kerana ini
boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jika anda menggunakan perentak jantung
Mesin ini menghasilkan fluks magnet dan
gelombang ultrasonik tahap rendah. Jika anda
menggunakan perentak jantung dan berasa tidak
normal, sila jauhkan diri daripada mesin ini dan
segera berjumpa dengan doktor anda.
AWAS
• Jangan letakkan objek berat di atas mesin ini
kerana ia boleh jatuh dan menyebabkan
kecederaan.
• Untuk keselamatan anda, sila cabut kord kuasa
jika mesin tidak akan digunakan untuk tempoh
yang lama.
• Sila berhati-hati apabila membuka dan
menutup penutup untuk mengelakkan
kecederaan pada tangan anda.
• Jauhkan tangan dan pakaian daripada
pengguling di kawasan output. Jika tangan
atau pakaian anda tersangkut pada
pengguling, ini boleh menyebabkan
kecederaan diri.
• Bahagian dalam mesin dan slot output adalah
sangat panas semasa dan sejurus selepas
penggunaan. Elakkan sentuhan dengan
kawasan ini untuk mencegah luka terbakar.
Selain itu, kertas bercetak mungkin panas
sejurus selepas output, oleh itu sila berhati-
hati apabila mengendalikannya. Kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan luka
terbakar.
• Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan objek
berat, seperti kamus, di atas kaca platen.
Berbuat demikian boleh merosakkan kaca
platen dan menyebabkan kecederaan.
Penyuap atau penutup kaca platen
• Jangan tekan kuat-kuat pada penyuap atau
penutup kaca platen apabila menggunakan
kaca platen untuk membuat salinan buku
yang tebal. Berbuat demikian boleh
merosakkan kaca platen dan menyebabkan
kecederaan diri.
• Tutup penyuap atau penutup kaca platen
dengan perlahan untuk mengelakkan tangan
anda tersepit kerana ini boleh menyebabkan
kecederaan diri.
• Berhati-hati supaya tidak meletakkan tangan
atau jari anda ke dalam penyuap atau penutup
kaca platen. Jika tidak, anda mungkin
tercedera.
Kekunci Penjimat Tenaga
Tekan
(Penjimat Tenaga) untuk keselamatan
apabila mesin tidak digunakan untuk tempoh
masa yang lama, seperti semalaman. Juga,
MATIKAN suis kuasa utama dan putuskan
sambungan kord kuasa untuk keselamatan
apabila mesin tidak digunakan untuk tempoh
masa yang lama, seperti ketika cuti berturutan.
Keselamatan Laser
Produk ini disahkan sebagai produk laser Kelas 1
dalam IEC60825-1:2014 dan EN60825-1:2014.
CLASS 1 LASER PRODUCT
LASER KLASSE 1
APPAREIL À LASER DE CLASSE 1
APPARECCHIO LASER DI CLASSE 1
PRODUCTO LÁSER DE CLASE 1
APARELHO A LASER DE CLASSE 1
LUOKAN 1 LASER-TUOTE
LASERPRODUKT KLASS 1
Pancaran laser boleh memudaratkan tubuh
manusia. Memandangkan sinaran yang
dipancarkan di dalam produk terbatas
sepenuhnya di dalam perumahan pelindung dan
penutup luar, pancaran laser tidak dapat terlepas
daripada mesin semasa mana-mana fasa operasi
pengguna. Baca catatan dan arahan berikut
untuk keselamatan.
• Jangan sekali-kali buka penutup selain
daripada yang diarahkan dalam manual untuk
mesin ini.
• Jika pancaran laser terlepas dan terkena mata
anda, pendedahan boleh merosakkan mata
anda.
• Penggunaan kawalan, pelarasan atau
pelaksanaan prosedur selain daripada yang
ditentukan dalam manual ini boleh
menyebabkan pendedahan kepada sinaran
berbahaya.
Awas Keselamatan Laser
Ms
91

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass mf266dnImageclass mf264dwImageclass mf261d

Tabla de contenido