Canon imageCLASS MF269dw Introducción página 93

Ocultar thumbs Ver también para imageCLASS MF269dw:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 44
Mengendalikan kartrij gelendong
• Pastikan supaya memegang kartrij gelendong
menggunakan pemegang.
• Untuk mengelakkan calar pada permukaan
gelendong di dalam mesin atau
pendedahannya kepada cahaya, jangan buka
penutup pelindung gelendong ( 
sentuh bahagian sentuhan elektrik ( 
memori kartrij gelendong ( 
 ).
a
Pandangan Bawah
b
• Jangan keluarkan kartrij gelendong daripada
bahan pembungkusan atau mesin ini kecuali
perlu.
Menyimpan kartrij toner atau kartrij gelendong
• Simpan dalam persekitaran yang berikut untuk
memastikan penggunaan yang selamat dan
memuaskan.
Julat suhu simpanan: 0 hingga 35°C
Julat kelembapan simpanan: 35 hingga 85%
RH (kelembapan relatif/tiada pemeluwapan)*
• Simpan tanpa membuka sehingga kartrij toner
atau kartrij gelendong akan digunakan.
• Apabila mengeluarkan kartrij toner atau kartrij
gelendong daripada mesin ini untuk
simpanan, letakkan kartrij toner atau kartrij
gelendong yang telah dikeluarkan ke dalam
bahan pembungkusan asal.
• Apabila menyimpan kartrij toner, jangan
simpannya secara tegak atau terbalik. Toner
akan menjadi pepejal dan mungkin tidak akan
kembali kepada keadaan asalnya walaupun
digoncang.
* Walaupun dalam julat kelembapan boleh
simpan, titisan air (pemeluwapan) mungkin
terbentuk di dalam kartrij toner atau kartrij
gelendong jika terdapat perbezaan suhu di
dalam dan di luar kartrij toner atau kartrij
gelendong. Pemeluwapan akan menjejaskan
kualiti cetakan kartrij toner atau kartrij
gelendong.
Jangan simpan kartrij toner atau kartrij
gelendong di lokasi yang berikut
• Lokasi yang terdedah kepada nyalaan terbuka
• Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari
terus atau cahaya yang terang selama lima
minit atau lebih lama
• Lokasi yang terdedah kepada udara masin
yang berlebihan
• Lokasi yang terdapat gas mengkakis (iaitu
semburan aerosol dan ammonia)
• Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi dan
kelembapan tinggi
• Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu
atau kelembapan yang mendadak yang
mungkin memudahkan berlakunya
pemeluwapan
• Lokasi yang mempunyai banyak habuk
• Lokasi yang mudah dicapai oleh kanak-kanak
Berhati-hati dengan kartrij toner atau kartrij
gelendong yang palsu
• Sila berhati-hati bahawa terdapat kartrij toner
Canon atau kartrij gelendong Canon yang
palsu di pasaran. Penggunaan kartrij toner
atau kartrij gelendong yang palsu boleh
 ). Jangan
mengakibatkan kualiti cetakan yang rendah
 ) atau
atau prestasi mesin yang tidak baik. Canon
tidak bertanggungjawab atas sebarang
kepincangan tugas, kemalangan atau
kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan
kartrij toner atau kartrij gelendong yang palsu.
c
Untuk maklumat lanjut, lihat canon.com/
counterfeit.
Tempoh ketersediaan alat ganti pembaikan,
kartrij toner, kartrij gelendong dan
seumpamanya
• Alat ganti pembaikan, kartrij toner, kartrij
gelendong dan seumpamanya untuk mesin
ini akan tersedia selama sekurang-kurangnya
tujuh (7) tahun selepas pengeluaran model
mesin ini dihentikan.
Bahan pembungkusan untuk kartrij toner dan
kartrij gelendong
• Simpan bahan pembungkusan untuk kartrij
toner dan kartrij gelendong. Ia diperlukan
apabila mengangkut mesin ini.
• Bahan pembungkusan mungkin diubah dari
segi bentuk atau penempatan, atau mungkin
ditambah atau dibuang tanpa notis.
Apabila membuang kartrij toner, kartrij
gelendong atau seumpamanya yang telah
digunakan
• Apabila membuang kartrij toner, kartrij
gelendong atau seumpamanya, letakkannya
ke dalam bahan pembungkusan asal untuk
mengelakkan toner daripada berselerak dari
dalam dan buangnya mengikut peraturan
tempatan yang berkaitan.
Notis
Nama Produk
Peraturan keselamatan memerlukan nama
produk didaftarkan.
Di sesetengah kawasan produk ini dijual,
nama(-nama) dalam kurungan ( ) berikut
mungkin didaftarkan sebagai ganti.
imageCLASS MF269dw / MF266dn (F173302)
imageCLASS MF264dw / MF261d (F173300)
Keperluan EMC bagi Arahan EC
Peralatan ini mematuhi keperluan penting EMC
bagi Arahan EC. Kami memperakui bahawa
produk ini mematuhi keperluan EMC bagi Arahan
EC pada input utama nominal 230 V, 50 Hz
walaupun input produk berkadar ialah 220
sehingga 240 V, 50/60 Hz. Penggunaan kabel
terlindung diperlukan untuk mematuhi keperluan
teknikal EMC bagi Arahan EC.
Wireless LAN Regulatory Information
Regulatory information for users in Argentina
Incluye módulo Wireless LAN Module Marca
muRata, Modelo Type1KA, CNC C-17177
Regulatory information for users in Uruguay
imageCLASS MF269dw/MF264dw contains
URSEC approved Wireless LAN Module (Model
name: Type1KA).
imageCLASS MF269dw/MF264dw includes
approved Wireless LAN Module (Model name:
Type1KA).
Regulatory information for users in Singapore
Complies with
IMDA Standards
DB00671
Had Undang-undang terhadap Penggunaan
Produk Anda dan Penggunaan Imej
Menggunakan produk anda untuk mengimbas,
mencetak atau sebaliknya mengeluarkan semula
dokumen-dokumen tertentu dan penggunaan
imej sedemikian sebagai diimbas, dicetak atau
sebaliknya dikeluarkan semula oleh produk anda
mungkin dilarang oleh undang-undang dan
boleh mengakibatkan liabiliti jenayah dan/atau
sivil. Senarai tidak lengkap dokumen-dokumen ini
dikemukakan di bawah. Senarai ini bertujuan
sebagai panduan sahaja. Jika anda tidak pasti
tentang kesahan menggunakan produk anda
untuk mengimbas, mencetak atau sebaliknya
mengeluarkan semula apa-apa dokumen tertentu
dan/atau penggunaan imej yang diimbas, dicetak
atau sebaliknya dikeluarkan semula, anda harus
berunding terlebih dahulu dengan penasihat
undang-undang anda untuk bimbingan.
• Wang Kertas
• Cek Kembara
• Kiriman Wang
• Setem Makanan
• Sijil Deposit
• Pasport
• Setem Pos (dibatalkan atau tidak dibatalkan)
• Dokumen Imigresen
• Lencana atau Tanda Kebesaran yang Dikenali
• Setem Hasil Dalam Negeri (dibatalkan atau
tidak dibatalkan)
• Dokumen Perkhidmatan Terpilih atau Kerahan
• Bon atau Sijil Keberhutangan Lain
• Cek atau Draf yang Dikeluarkan oleh Agensi
Kerajaan
• Sijil Saham
• Sijil Hak Milik dan Lesen Kenderaan Bermotor
• Karya/Karya Seni Berhak Cipta tanpa
Kebenaran Pemilik Hak Cipta
Penafian
• Maklumat dalam dokumen ini tertakluk
kepada perubahan tanpa notis.
• CANON INC. TIDAK MEMBUAT APA-APA JENIS
JAMINAN BERHUBUNG DENGAN BAHAN INI,
SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, KECUALI
YANG DISEDIAKAN DALAM INI, TERMASUK
TANPA HAD, DARIPADANYA, JAMINAN
KEBOLEHPASARAN, KEBOLEHDAGANGAN,
KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU
PENGGUNAAN ATAU BUKAN PELANGGARAN.
CANON INC. TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA JUA
JENIS KEROSAKAN LANGSUNG, SAMPINGAN
ATAU LANJUTAN, ATAU KERUGIAN ATAU
PERBELANJAAN YANG TIMBUL DARIPADA
PENGGUNAAN BAHAN INI.
Ms
93

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass mf266dnImageclass mf264dwImageclass mf261d

Tabla de contenido