TEFAL KO6931 Manual Del Usuario página 40

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 18
SILA AMBIL PERHATIAN
Skrin mati secara automatik selepas 30 saat – melainkan anda telah memilih mod kekal panas –
tetapi menekan sebarang kekunci akan menghidupkan skrin semula pada bila-bila masa.
Jika anda memilih 100°C dan mengaktifkan fungsi kekal panas, cerek mengekalkan suhu pada
95°C selama 30 minit.
Jika suhu air di dalam cerek lebih tinggi daripada suhu yang anda pilih apabila menekan
pemanasan tidak akan bermula.
Contohnya, jika suhu air ialah 90°C, anda tidak akan dapat melancarkan pemanasan dengan
memilih 40°C, 70°C atau 80°C.
SUHU YANG DISYORKAN
40°C: susu bayi
70°C: teh putih
80°C: teh hijau
90°C: kopi yang baru dikisar
100°C : air mendidih/infusi
6. CEREK AKAN MATI SECARA AUTOMATIK
Sebaik sahaja air mencapai takat didih atau suhu yang dipilih.
• Jangan biarkan air di dalam cerek selepas digunakan kerana ini akan mempercepatkan
pembentukan kerak.
PEMBERSIHAN DAN PENYENGGARAAN
MEMBERSIHKAN CEREK ANDA
Cabut palamnya.
Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span lembap.
• Jangan sesekali merendam cerek, tapaknya, kord atau palam elektrik di dalam air: penyambung
elektrik atau suis mestilah tidak terkena air.
• Jangan gunakan pad penyental.
• Jangan lap paparan semasa palam dipasang, permulaan yang tidak dijangka mungkin akan
berlaku.
MEMBERSIHKAN PENAPIS*
Penapis boleh keluar mengandungi jaringan untuk mengekalkan butiran kerak dan menghalang
kerak jatuh ke dalam cawan anda semasa menuang air. Penapis ini tidak merawat atau
mengurangkan keliatan air. Penapis ini akan menyimpan kualiti air. Dengan air yang sangat liat,
penapis boleh tersumbat dengan cepat (10 hingga 15 penggunaan). Adalah penting untuk selalu
membersihkan penapis. Jika penapis basah, cuci di bawah paip air, jika kering, berus dengan
perlahan. Kadang-kadang kerak tidak akan ditanggal sendiri, ia perlu dibersihkan.
MEMBERSIH KERAK KARAT
Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan sekali atau lebih kerap jika air
anda amat liat. Pengenalpastian suhu dalam cerek mungkin akan mendapat kesan daripada
pengumpulan kerak.
Untuk membersihkan kerak karat cerek anda:
• Gunakan cuka putih:
– Isikan cerek dengan 1/2l cuka,
– Biarkannya selama 1 jam tanpa dipanaskan.
• Menggunakan asid sitrik:
– Didihkan ½ l air,
– Tambah 25g asid sitrik dan biarkannya selama 15 min.
• Kosongkan cerek anda dan bilas sebanyak 5 atau 6 kali. Ulang jika perlu.
• mengikut model
68
SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH
TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK ANDA
• Cerek tidak berfungsi
– Pastikan cerek anda disambung dengan betul.
,
– Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang terkumpul telah menyebabkan
pemanasan terlampau berlaku: biarkan cerek sejuk dan kemudian isikan air. Bersihkan kerak
karat terlebih dahulu jika ia telah terkumpul.
Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih kurang 15 minit.
JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT KEROSAKAN YANG KETARA
PADA KORD KUASA, PALAM ATAU TAPAK CEREK
Pulangkan cerek anda kepada Pusat Perkhidmatan Selepas Jualan, hanya mereka yang
dibenarkan untuk membaiki kerosakan. Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam
buku kecil yang disertakan bersama cerek anda. Jenis dan nombor siri ditunjukkan di bahagian
dasar cerek anda. Jaminan ini melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik
sahaja. Sebarang keretakan atau kerosakan yang terjadi akibat daripada kegagalan untuk
mematuhi arahan adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
• Pengeluar berhak untuk mengubah suai sifat-sifat atau komponen cereknya pada bila-bila
masa untuk kepentingan pelanggan.
• Jangan menggunakan cerek. Jangan ada sebarang cubaan untuk menanggalkan cerek atau
peranti keselamatannya.
• Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, pusat perkhidmatan selepas jualannya
atau orang lain yang memiliki kelayakan yang sama, bagi mengelakkan sebarang bahaya.
PENCEGAHAN KEMALANGAN DOMESTIK
Bagi kanak-kanak, luka terbakar atau lecuran, walaupun sedikit, kadang-kadang boleh menjadi
serius.
Sepanjang mereka membesar, didik anak anda untuk berhati-hati dengan cecair panas yang
berada di dapur. Letakkan cerek dan kord bekalannya jauh ke dalam permukaan kerja, jauh
daripada capaian kanak-kanak.
Jika terjadi kemalangan, basuh lecuran di bawah aliran air sejuk dengan segera dan hubungi
doktor jika perlu.
• Bagi mengelakkan sebarang kemalangan: jangan mendukung anak atau bayi anda ketika anda
sedang meminum atau membawa air yang panas.
69
MS

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Sense ko693110Sense ko6931

Tabla de contenido