Atos TrachPhone Manual De Instrucciones página 49

Tabla de contenido

Publicidad

Arahan penggunaan
Peranti perlu diletakkan di bahagian terbuka tiub ET atau tiub trakeostomi. Periksa
bahawa sambungan itu dipasangkan dengan betul. Sekiranya oksigen tambahan
diperlukan, sambungkan tiub oksigen ke port oksigen. Kecekapan normal dicapai
selepas beberapa nafas. Perlu diganti setiap 24 jam atau seperti yang diperlukan,
untuk mengelakkan peningkatan rintangan akibat pengumpulan rembesan.
Sebelum digunakan, periksa produk untuk mengesan kecacatan bentuk dan
fungsi injap dengan menutup injap dan melepaskannya. Jangan gunakan jika peranti
menunjukkan sebarang tanda kecacatan. Jangan gunakan jika pakej terbuka atau
rosak.
Pelupusan
Sentiasa ikuti amalan perubatan dan keperluan kebangsaan berkenaan biobahaya
apabila melupuskan peranti perubatan yang telah digunakan.
Injap pertuturan
TrachPhone mengandungi injap dengan pegas yang boleh dikatup dengan mudah
menggunakan jejari pemudah pertuturan. Selepas melepaskan jejari, injap akan ter-
buka secara automatik.
Kontraindikasi
Jangan gunakan melebihi isi padu tidal yang disarankan kerana ruang mati yang
bertambah boleh menyebabkan retensi CO
yang terlalu rendah. Isi padau tidal yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan kelem-
bapan yang tidak memuaskan.
Jangan gunakan pada pesakit ternyahhidrat atau pesakit dengan rembesan yang
sangat banyak dari paru-paru dan saluran udara.
Langkah Berjaga-jaga
Kegunaan tunggal sahaja: jangan steril atau guna semula, kerana fungsi yang
dimaksudkan akan terjejas, dan ini mungkin meningkatkan risiko pemindahan jang-
kitan. Hapuskan selepas penggunaan.
Pelaporan
Sila ambil perhatian bahawa sebarang kejadian serius yang berlaku berkaitan
dengan peranti itu hendaklah dilaporkan kepada pengilang dan pihak berkuasa
kebangsaan bagi negara tempat pengguna dan/atau pesakit itu berada.
(karbon dioksida) pada isi padu tidal
2
49

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

77047707

Tabla de contenido