Mod berpasangan manual
Jika anda ingin menggunakan pembesar suara telefon anda
dengan telefon yang berbeza, atau jika proses berpasangan
diganggu, anda boleh menetapkan pembesar suara telefon
kepada mod berpasangan secara manual .
Hidupkan pembesar suara telefon . Tekan dan tahan butang
jawab/tamat (kira-kira 5 saat) sehingga bintang lampu biru
berkelip-kelip dengan pantas . Kemudian, ulang langkah 2 . dan 3 .
dalam panduan berpasangan di atas .
BERSAMBUNG DENGAN TELEFON ANDA
berpasangan hanya diperlukan pada kali pertama pembesar suara
telefon dan telefon digunakan bersama . apabila pembesar suara
telefon dan telefon telah dijadikan berpasangan sekali, ia akan
bersambung secara automatik apabila pembesar suara telefon
dihidupkan dan Bluetooth® diaktifkan pada telefon . Pembesar
suara telefon boleh digunakan apabila ia "disambungkan" kepada
telefon . Jika peranti dijadikan berpasangan, tetapi tidak terus
bersambung, ketik butang jawab/tamat .
MELETAKKAN PEMBESAR SUARA TELEFON DALAM
KENDERAAN ANDA
Jabra SP200 ditempatkan pada visor matahari dengan elok dan
selesa menggunakan klip yang dipasang .
7
Jabra SP200