•
Jangan guna kerusi kanak-kanak ini untuk kanak-kanak melebihi 11 tahun.
Kerusi kanak-kanak terdedah kepada tekanan yang tinggi semasa hayat
produknya, yang menyebabkan perubahan dalam kualiti bahan dengan
peningkatan umur.
•
Bahagian plastik boleh dibersihkan dengan bahan pencuci yang lembut
dan air suam. Jangan sekali-kali gunakan bahan pencuci yang kasar atau
peluntur!
•
Pada sesetengah kerusi kenderaan yang dibuat daripada bahan sensitif,
penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak boleh meninggalkan tanda
dan/atau menyebabkan penyahwarnaan. Untuk mencegah perkara ini, anda
boleh meletakkan selimut atau tuala atau yang seumpamanya di bawah
kerusi kanak-kanak untuk melindungi kerusi kenderaan.
BAHAGIAN PRODUK
(a) Ruang Penyimpanan Panduan
Pengguna
(b) Penyandar
(c) Penyandar Kepala Boleh Laras
(d) Pelaras Ketinggian Penyandar
Kepala
(e) Peninggi
(f)
Perisai Impak
(g) Panduan Tali pinggang keledar-
Kumpulan 1:
(f)
Panduan Tali Riba Keledar-
Kumpulan 2/3
(i)
Panduan Tali Bahu Keledar
KEDUDUKAN YANG BETUL DI DALAM KENDERAAN
Kerusi kanak-kanak dengan lengan pengunci ISOFIX-Connect yang disentut
(k) boleh digunakan pada semua kerusi kenderaan dengan tali pinggang
keledar tiga titik automatik yang diluluskan seperti dalam manual kenderaan
untuk kegunaan "universal".
Pensijilan "separa universal" diberikan kepada sistem kekangan yang
disambungkan kepada kereta menerusi lengan pengunci ISOFIX - Connect
(k). Oleh sebab ini, ISOFIX-Connect hanya boleh digunakan pada kenderaan
tertentu sahaja. Rujuk senarai jenis kenderaan yang dilampirkan untuk
kenderaan yang diluluskan. Anda boleh mendapatkan versi paling terkini
daripada www.cybex-online.com.
(j)
Perlindungan Impak Sisi linear
(L.S.P)
(k) Lengan Pengunci ISOFIX-
Connect
(l) Gagang Laras ISOFIX-Connect
(m) Butang Pelepas ISOFIX-Connect
(n) Penunjuk Keselamatan ISOFIX-
Connect
(o) Titik Penambat ISOFIX
(p) Butang laras tengah perisai impak
(q) sisipan kerusi
Dalam kes luar biasa, kerusi kanak-kanak itu boleh juga digunakan pada
kerusi penumpang hadapan. Sentiasa patuhi saranan pengeluar kenderaan.
MEMASANG KERUSI KANAK-KANAK DI DALAM KENDERAAN
1. Sentiasa pastikan bahawa...
• penyandar dalam kenderaan yang dikunci dalam kedudukan menegaknya.
• semasa memasang kerusi kanak-kanak pada kerusi penumpang depan,
laraskan kerusi itu ke belakang sejauh yang mungkin tanpa menjejaskan
turutan tali pinggang keledar.
2. Gunakan gagang laras ISOFIX Connect (l) di bawah peninggi (e) dan tarik
kedua-dua lengan pengunci ISOFIX-Connect (k) sepanjang yang boleh.
3. Kemudian, putar lengan pengunci ISOFIX-Connect (k) sebanyak 180°
supaya lengan itu menghadap ke arah titik tambat ISOFIX (o).
4. Letakkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi yang sesuai dalam
kenderaan.
5. Masukkan kedua-dua lengan pengunci (k) ke dalam titik penambat ISOFIX
(o) sehingga kemas terkunci dan kedengaran bunyi "KLIK".
6. Gunakan gagang laras ISOFIX-Connect (l) dan tolak kerusi kanak-kanak itu
ke kerusi kenderaan.
7. Pastikan keseluruhan permukaan penyandar kerusi kanak-kanak (b)
diletakkan pada penyandar kerusi kenderaan.
Jika penyandar kepala kenderaan menghalangnya, tarik ke atas sejauh
yang mungkin atau tanggalkan sepenuhnya (kecuali untuk kerusi
menghadap ke belakang).
8. Pastikan kedudukan kerusi benar-benar kemas dengan cuba menariknya
keluar daripada titik tambat ISOFIX (o). Penunjuk berwarna hijau (n) mesti
jelas kelihatan pada kedua-dua sisi kerusi.
9. Jika kerusi kanak-kanak digunakan tanpa ISOFIX-Connect, ia boleh
disimpan di bawah kerusi.
Dengan menggunakan ISOFIX-Connect, keselamatan anak anda
dipertingkat kerana wujud hubungan yang seolah-olah melekat dengan
kenderaan. Anak anda masih perlu dipakaikan dengan tali pinggang
keledar tiga titik kenderaan dan dengan perisai impak untuk Kumpulan 1.
MS
143