HyperIce Vyper Go Instrucciones De Uso página 67

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 9
• Pengguna dengan berat melebihi 250 paun/113 kg boleh merosakkan atau
menyebabkan unit pecah semasa penggunaan biasa.
• Unit ini bukan mainan. Untuk kegunaan orang dewasa sahaja. Jangan gunakan unit
jika anda cedera. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk ini.
• Untuk penyimpanan atau perjalanan, togol suis kuasa kepada kedudukan OFF
(MATIKAN).
• Jangan gunakan Vyper Go atau sebarang peranti latihan getaran keamatan tinggi
tanpa mendapatkan nasihat doktor anda dahulu jika mana-mana yang berikut
berkaitan dengan anda: Kehamilan, diabetes dengan komplikasi seperti neuropati
atau kerosakan retina, memakai perentak jantung, pembedahan baru-baru ini,
epilepsi atau migrain, hernia cakera, spondilolistesis atau spondilosis, penggantian
sendi atau pemasangan pin atau plat logam baru-baru ini atau sebarang
kebimbangan tentang kesihatan fizikal anda. Individu yang lemah dan kanak-kanak
seharusnya ditemani oleh orang dewasa semasa menggunakan sebarang peranti
getaran. Kontraindikasi ini tidak bermaksud anda tidak boleh menggunakan peranti
getaran atau senaman tetapi kami menasihatkan agar anda mendapatkan nasihat
doktor dahulu. Penyelidikan yang berterusan sedang dijalankan terhadap kesan
senaman getaran untuk gangguan perubatan khusus. Perkara ini mungkin akan
menyebabkan pemendekan senarai kontraindikasi seperti yang ditunjukkan di atas.
Pengalaman praktikal menunjukkan bahawa penyepaduan peranti kecergasan
getaran dalam pelan rawatan bermanfaat dalam beberapa kes. Perkara ini mesti
dilakukan mengikut nasihat dan dengan pengawasan doktor, pakar atau ahli
fisioterapi.
Vyper Go hanya boleh dicas dengan pengecas bertebat dua kali Hyperice 18VDC
(nombor model MX24Z2-1801000) yang dibekalkan dengan peranti. Jangan cas Vyper
Go semalaman atau membiarkan Vyper Go tanpa pengawasan semasa mengecas
atau digunakan.
Vyper Go mengandungi bateri yang mesti dilupuskan dengan selamat di kemudahan
pembuangan atau kitar semula e-sisa yang sewajarnya.
PERINGATAN
Bateri yang digunakan dalam peranti ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau
kecederaan melecur akibat bahan kimia jika dikendalikan dengan salah. Jangan buka,
panaskan bateri melebihi 100º C atau bakar bateri. Lupuskan bateri terpakai dengan
segera. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jangan pisahkan bahagian dalam peranti dan
jangan lupuskan peranti dalam api.
SIMPAN ARAHAN INI
Vyper Go ialah peranti kecergasan canggih yang menggunakan tekanan dan getaran
keamatan tinggi untuk meningkatkan pengalaman penggunaan penggelek busa
tradisional. Peranti ini mencepatkan pemanasan dan pemulihan, melegakan tekanan
dan ketegangan pada otot serta membantu pengguna mengekalkan kemampuan
untuk melakukan pelbagai gerakan selain menggalakkan kesejahteraan dan prestasi
keseluruhan.
PENGENDALIAN
Untuk menghidupkan peranti, tekan butang kuasa selama tiga saat sehingga lampu
LED menyala. Tekan sekali lagi untuk tahap kelajuan satu, dua kali untuk tahap kelajuan
dua dan tiga kali untuk tahap kelajuan tiga. Lampu LED biru akan menunjukkan tahap
kelajuan. Jangan gunakan peranti secara langsung pada permukaan yang keras. Hanya
gunakan peranti pada lantai berkarpet atau alas kecergasan. Untuk mematikan peranti,
tekan butang kuasa selama tiga saat. Peranti dimatikan sepenuhnya apabila semua
lampu LED tidak menyala. Peranti akan dimatikan selepas digunakan selama 10 minit.
Untuk terus menggunakan peranti, hidupkan peranti sekali lagi dan tetapkan peranti
kepada tahap yang dikehendaki.
MENGECAS
Caskan sepenuhnya selama dua jam sebelum digunakan buat kali pertama. Untuk
mengecas, sambungkan penyesuai kepada port pengecasan dan sambungkan plag
kepada salur keluar kuasa pada dinding. Lampu LED akan menyala untuk menunjukkan
paras bateri dan pengecasan aktif. Lampu LED akan kekal menyala apabila peranti
telah dicas sepenuhnya semasa plag penyesuai disambungkan kepada salur keluar

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido