Menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal
(Fig. 3)
(Hanya untuk kartrij bateri dengan penunjuk)
Tekan butang semak pada kartrij bateri untuk menunjukkan
kapasiti bateri yang tinggal. Lampu penunjuk menyala untuk
beberapa saat.
Lampu penunjuk
Menyala
Mati
NOTA:
• Bergantung kepada keadaan penggunaan dan suhu
persekitaran, petunjuk mungkin berbeza sedikit daripada
kapasiti sebenar.
• Lampu penunjuk pertama (paling kiri) akan berkelip
apabila sistem perlindungan bateri berfungsi.
Penggunaan bateri Makita yang tidak asli, atau bateri yang
telah diubah suai akan membatalkan jaminan Makita untuk
alat dan pengecas Makita.
Menghidupkan lampu dan pemilihan mod
kecerahan (Fig. 4)
1. Suis: Tekan suis sekali, lampu menyala (Dengan mod
kecerahan yang sama seperti tetapan terakhir). Tekan
suis sekali lagi, lampu terpadam.
2. Pemilihan mod kecerahan: Urutan kecerahan adalah:
Mod tinggi / Sederhana / Mod rendah / Mod tinggi untuk
setiap tekanan semasa lampu menyala.
Sistem perlindungan bateri (Fig. 5)
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan bateri untuk
memanjangkan hayat bateri. Apabila bateri menjadi rendah,
lampu LED terpadam kecuali satu LED seperti yang
digambarkan. Kemudian, kira-kira lima ke sepuluh minit
seterusnya, sistem memutuskan kuasa secara automatik.
Perlindungan terlalu panas
Apabila alat atau baterinya terlalu panas, alat akan berhenti
secara automatik. Biarkan alat menjadi sejuk sebelum
dihidupkan semula.
Kapasiti yang
tinggal
Berkelip
75% hingga 100%
50% hingga 75%
25% hingga 50%
0% hingga 25%
Cas bateri.
Bateri mungkin
telah pincang tugas.
OPERASI
PERHATIAN:
• Sentiasa letakkan alat pada tempat yang rata dan stabil.
Jika tidak, alat terjatuh secara tidak sengaja boleh
berlaku.
Melaraskan sudut lampu (Fig. 6)
Longgarkan tombol pada kedua-dua sisi. Laraskan sudut
lampu (julat pelarasan adalah 240°). Kemudian, ketatkan
tombol semula.
PERHATIAN:
Berhati-hati supaya tidak terkepit jari semasa melaraskan
sudut lampu.
Melekatkan filem anti-silau (Fig. 8)
Aksesori pilihan
• Bersihkan kotoran dari permukaan kanta alat sebelum
melekatkan filem anti-silau.
• Gunakan botol penyembur untuk membasahkan kanta
alat dan permukaan yang akan dipasang filem anti-silau.
• Lekatkannya pada tengah-tengah kanta alat.
• Gunakan sekuji atau spatula getah untuk mengeluarkan
udara atau titisan air di antara filem dan kanta.
• Selepas pemasangan, keringkan titisan air dengan kain
kering.
Memasang tudung lampu (Fig. 9)
Aksesori pilihan
Cangkukkan tonjolan tudung lampu pada takuk alat seperti
yang digambarkan.
Menggunakan dengan tripod (aksesori
pilihan) (Fig. 7)
PERHATIAN:
• Baca dengan teliti manual arahan aksesori sebelum
menggunakan ia bersama lampu.
Anda boleh meletakkan lampu pada tripod untuk
memudahkan pengendalian.
PERHATIAN:
• Jangan pasang dua alat ini pada tripod secara serentak.
• Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan alat semasa
memasang alat pada tripod.
• Letakkan tripod pada permukaan yang stabil dan rata
untuk mengelakkan alat terjatuh.
• Pastikan langkah-langkah pencegahan jatuh seperti
meletakkan beg pasir pada kaki tripod telah diambil. Jika
tidak, alat terjatuh secara tidak sengaja boleh berlaku.
• Buka kaki tripod sehingga maksimum.
• Jangan gunakan tripod jika angin kuat.
• Pastikan alat dipasang dengan kukuh pada tripod.
• Tanggalkan alat semasa membawa tripod atau semasa
melipat kaki tripod.
• Berhati-hati supaya tangan anda tidak tersepit di antara
kaki tripod semasa menutup tripod.
32
Bahasa Melayu