PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
• Sentiasa pastikan bahawa alat dimatikan dan kartrij
bateri ditanggalkan sebelum anda cuba melakukan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
• Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair, alkohol atau
bahan yang serupa. Ia boleh menyebabkan perubahan
warna, bentuk atau keretakan.
Hanya kerja penyelenggaraan yang diterangkan dalam
manual arahan ini boleh dilakukan oleh pengguna.
Sebarang kerja lain mesti dilaksanakan oleh pusat servis
Makita yang sah.
Pembersihan
PERHATIAN:
• Jangan basuh alat menggunakan air.
Dari semasa ke semasa, lap bahagian luar (badan alat) alat
menggunakan kain yang dilembapkan dengan air sabun.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
• Aksesori atau alat tambahan ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang dinyatakan
dalam manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori
atau alat tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada orang. Hanya gunakan aksesori
atau alat tambahan untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk maklumat
lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya Pusat Servis
Makita tempatan anda.
• Bateri dan pengecas asli Makita
• Filem anti-silau
• Tudung lampu
• Tripod [No bahagian: GM00002378]
NOTA:
• Beberapa item dalam senarai mungkin disertakan dalam
pakej alat sebagai aksesori standard. Item mungkin
berbeza mengikut negara.
33
Bahasa Melayu