Descargar Imprimir esta página

Husqvarna 541EA Manual Del Usuario página 69

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 17
Hidupkan enjin. Pastikan enjin berhenti apabila
anda menggerakkan suis henti ke kedudukan
berhenti.
Sistem brek
1. Sekiranya mata gerudi tersangkut dalam operasi,
tuil brek akan mengenai kaki operator, beralih dari
kedudukan kerja ① kepada kedudukan brek ②.
Sistem brek diaktifkan dan mesin berhenti.
2. Tangan kanan pengendali meninggalkan
pemegang kawalan, dan kemudian memegang tuil
set semula brek dengan tangan kanan, dan tuil
brek akan melantun secara automatik dari
kedudukan brek ② ke kedudukan kerja ①.
3. Selepas tuil brek diset semula, tekan picu pendikit
dan mesin akan berjalan seperti biasa.
Peredam
Peredam mengekalkan tahap bising pada tahap
minimum dan menjauhkan asap ekzos daripada
operator.
69
1
2
1
2
• Jangan gunakan enjin dengan peredm yang
rosak. Peredam yang rosak meningkatkan tahap
kebisingan dan risiko kebakaran. Simpan alat
pemadam api berhampiran.
• Periksa dengan kerap bahawa peredam
dipasang pada produk.
• Jangan sentuh enjin atau peredam semasa enjin
dihidupkan. Jangan sentuh enjin atau peredam
1
untuk seketika selepas enjin berhenti.
Permukaan panas boleh menyebabkan
kecederaan.
• Peredam panas boleh menyebabkan kebakaran.
Berhati-hati, jika anda menggunakan produk
2
berhampiran cecair atau asap yang mudah
terbakar.
• Jangan sentuh bahagian dalam peredam
sekiranya ia rosak. Bahagian tersebut boleh
mengandungi beberapa bahan kimia
karsinogenik.
Gerudi
Periksa gerudi
• Jangan sekali-kali menggunakan gerudi yang
tumpul, retak atau rosak.
• Pastikan gerudi dipasang dengan selamat.
• Apabila bilah dibuat ia diasah dengan
menggunakan kaedah lanjutan. Ini bermakna
bilah tidak boleh diasah semula dengan
menggunakan kaedah konvensional. Bilah yang
haus mesti diganti dengan yang baru untuk
memastikan mesin anda berfungsi dengan
memuaskan.
Keselamatan bahan api
• Jangan mulakan produk jika terdapat bahan api
atau minyak enjin pada produk. Keluarkan bahan
api/minyak yang tidak diingini dan biarkan produk
kering. Keluarkan bahan api yang tidak diingini
daripada produk.
• Jika anda menumpahkan minyak pada pakaian
anda, tukar pakaian dengan segera.

Publicidad

loading