Membuat pesanan penuras dan aksesori
-
Penuras ekzos HEPA boleh didapati dengan nombor jenis FC8070.
penyimpanan
1
Matikan peralatan dan cabut plagnya.
2
Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung semula kord (Gamb. 30).
3
Tegakkan perkakas. Untuk memasang muncung pada perkakas, masukkan rabung pada
muncung ke dalam slot penyimpanan.
Nota: Untuk memastikan penyimpanan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub agar menjadi paling
pendek.
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 31).
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips di tempat anda.
Menyelesaikan masalah
1
Kuasa sedutannya tidak mencukupi
-
Mungkin beg habuk telah penuh.
Jika perlu, kosongkan beg habuk.
-
Mungkin penuras perlu dibersihkan atau diganti.
Jika perlu, bersihkan atau ganti penuras.
-
Mungkin gelangsar kuasa sedutan pada gegenggam tangan terbuka.
Tutup gelangsar.
-
Mungkin kawalan kuasa sedutan elektronik ditetapkan kepada tetapan rendah.
Tetapkan kawalan ini kepada tetapan yang lebih tinggi.
-
Mungkin muncung, tiub atau hos tersumbat. (Gamb. 32)
Untuk mengeluarkan sumbatan, cabut item yang tersumbat dan sambungkannya (sejauh yang boleh)
secara terbalik. Hidupkan pembersih vakum untuk memaksa udara melalui item tersumbat itu dalam
arah yang bertentangan.
2
Jenis tertentu sahaja: rambut terbelit di sekeliling berus di dalam berus turbo mini.
-
Bersihkan berus turbo mini. Lihat bab 'Pembersihan', bahagian 'Membersihkan berus mini turbo'.
Bahasa MElayu
41