Canon imageCLASS MF449x Introducción página 67

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 38
AWAS
Pasang mesin ini berhampiran dengan saluran
kuasa dan tinggalkan ruang yang mencukupi
di sekitar palam kuasa supaya dapat dicabut
dengan mudah dalam keadaan kecemasan.
PENTING
Apabila menyambung kuasa
Jangan sambungkan kord kuasa pada sumber
kuasa tidak terganggu. Melakukan demikian
boleh menyebabkan kegagalan fungsi atau
kerosakan pada mesin semasa gangguan kuasa.
Jika anda memasang mesin ini ke dalam
saluran kuasa AC dengan berbilang soket,
jangan gunakan soket yang tinggal untuk
menyambung peranti lain.
Jangan sambungkan kord kuasa ke saluran
kuasa tambahan AC pada komputer.
Langkah berjaga-jaga lain
Hingar elektrik boleh menyebabkan mesin ini
rosak atau kehilangan data.
Pengendalian
AMARAN
Cabut palam kuasa daripada saluran kuasa AC
dengan segera dan hubungi pengedar Canon
yang sah jika mesin mengeluarkan bunyi luar
biasa, mengeluarkan bau yang luar biasa, atau
mengeluarkan asap atau haba yang
berlebihan. Penggunaan berterusan boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan buka atau ubah suai mesin ini.
Terdapat komponen bervoltan tinggi dan
bersuhu tinggi di dalam mesin. Penceraian
atau pengubahsuaian boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
Letakkan mesin jauh daripada kanak-kanak
supaya tidak tersentuh kord kuasa dan kabel
atau gear lain serta bahagian elektrik di dalam
mesin. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka.
Jangan gunakan semburan mudah terbakar
berhampiran mesin ini. Jika bahan-bahan
mudah terbakar bersentuhan dengan bahagian-
bahagian elektrik di dalam mesin ini, ia boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Apabila mengalihkan mesin ini, pastikan kuasa
mesin DIMATIKAN dan kemudian cabut palam
kuasa dan kabel antara muka. Kegagalan
berbuat demikian boleh merosakkan kord
kuasa atau kabel antara muka, ini boleh
mengakibatkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Apabila memasang atau mencabut palam
kabel USB semasa palam kuasa dipasang pada
saluran kuasa AC, jangan sentuh bahagian
logam penyambung, kerana ini boleh
menyebabkan kejutan elektrik.
Jika anda menggunakan perentak kardium
Mesin ini menghasilkan fluks magnetik tahap
rendah dan gelombang ultrasonik. Jika anda
menggunakan perentak kardium dan merasa
tidak normal, sila jauhkan diri anda daripada
mesin ini dan jumpa doktor anda dengan
serta-merta.
AWAS
Jangan letakkan objek berat di atas mesin ini
kerana ia boleh jatuh dan menyebabkan
kecederaan.
Untuk keselamatan anda, cabut kord kuasa jika
mesin tidak akan digunakan untuk tempoh
masa yang lama.
Sila berhati-hati apabila membuka dan
menutup penutup untuk mengelakkan
kecederaan pada tangan anda.
Jauhkan tangan dan pakaian dari pengguling
di kawasan output. Jika tangan atau pakaian
anda tersangkut pada pengguling, ini boleh
menyebabkan kecederaan diri.
Bahagian dalam mesin dan slot output adalah
sangat panas ketika dan sejurus selepas
digunakan. Elakkan sentuhan dengan kawasan
ini untuk mengelakkan luka terbakar. Juga,
kertas bercetak mungkin panas sejurus selepas
dioutput, oleh itu sila berhati-hati apabila
mengendalikannya. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan luka terbakar.
Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan objek
berat, seperti kamus, di atas kaca platen. Ini
akan merosakkan kaca platen dan
mengakibatkan kecederaan.
Jangan bawa mesin dengan mana-mana laci
kertas atau penyuap kertas pilihan terpasang.
Jika tidak, bahagian berkenaan boleh jatuh,
dan menyebabkan kecederaan.
Penyuap
Jangan tekan penyuap dengan kuat ke bawah
apabila menggunakan kaca platen untuk
membuat salinan buku tebal. Dengan berbuat
demikian boleh merosakkan kaca platen dan
mengakibatkan kecederaan diri.
Tutup penyuap dengan perlahan-lahan untuk
mengelak tangan anda daripada tersangkut
kerana ini boleh menyebabkan kecederaan
diri.
Hati-hati untuk tidak meletakkan tangan atau
jari anda ke dalam penyuap. Jika tidak, anda
boleh tercedera.
Laci kertas
Jangan masukkan tangan anda ke dalam mesin
semasa laci kertas itu dikeluarkan, kerana ini
boleh mengakibatkan kecederaan diri.
Kekunci Penjimat Tenaga
Tekan
(Penjimat Tenaga) untuk keselamatan
apabila mesin tidak akan digunakan untuk tempoh
masa yang lama seperti semalaman. MATIKAN juga
suis kuasa utama dan putuskan sambungan kord
kuasa untuk keselamatan apabila mesin tidak akan
digunakan untuk tempoh masa yang berlanjutan
seperti semasa cuti yang berturut-turut.
Keselamatan Laser
Produk ini disahkan sebagai produk laser Kelas 1
dalam IEC60825-1:2014 dan EN60825-1:2014.
CLASS 1 LASER PRODUCT
LASER KLASSE 1
APPAREIL À LASER DE CLASSE 1
APPARECCHIO LASER DI CLASSE 1
PRODUCTO LÁSER DE CLASE 1
APARELHO A LASER DE CLASSE 1
LUOKAN 1 LASER-TUOTE
LASERPRODUKT KLASS 1
Pancaran laser boleh berbahaya bagi badan
manusia. Oleh kerana sinaran yang dikeluarkan di
dalam produk benar-benar terbatas di dalam
perumah pelindung dan penutup luar, pancaran
laser tidak dapat terlepas daripada mesin ketika
mana-mana fasa operasi pengguna. Baca
kenyataan berikut dan arahan untuk keselamatan.
Jangan buka penutup selain daripada yang
diarahkan dalam manual untuk mesin ini.
Jika pancaran laser terlepas dan terkena pada
mata anda, pancaran tersebut boleh
menyebabkan kerosakan pada mata anda.
Penggunaan kawalan, pelarasan atau
pelaksanaan prosedur selain daripada yang
ditentukan dalam manual ini boleh
menyebabkan pendedahan radiasi berbahaya.
Amaran Keselamatan Laser
PENTING
Ikut arahan berhati-hati pada label dan yang
serupa yang terdapat pada mesin ini.
Jangan dedahkan mesin kepada renjatan atau
getaran kuat.
Jangan buka dan tutup pintu, penutup, dan
bahagian lain dengan kuat. Melakukan demikian
boleh menyebabkan kerosakan pada mesin.
Jangan MATIKAN suis kuasa utama atau buka
penutup ketika mesin sedang beroperasi. Perbuatan
ini boleh menyebabkan kertas tersangkut.
Gunakan kabel modular yang lebih pendek
daripada 3 meter.
Gunakan kabel USB yang lebih pendek
daripada 3 meter.
Ms
67

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass mf445dw

Tabla de contenido