Bahasa Malaysia
Jika anda mempunyai get laluan TRÅDFRI atau
hab DIRIGERA
Pergi ke App Store atau Google Play dan muat
turun aplikasi pintar IKEA Home. Aplikasi ini akan
membawa anda melalui proses pemasangan
produk anda dan peranti lain.
Cara untuk mengemudi pencahayaan
Apabila produk disambungkan pada sesalur kuasa,
anda boleh BUKA/TUTUP dengan suis utama atau
suis kaki, tetapi jika anda ingin memalapkan atau
menyambungkan produk anda pada produk pintar
IKEA Home yang lain, anda perlu membeli peranti
pengemudi yang berasingan (cth alat kawalan
jauh).
Peranti pengemudi perlu berpasangan dengan
produk tanpa wayar anda. Jika anda mempunyai
lebih daripada satu (1) produk tanpa wayar, anda
boleh memasangkan setiap satu dengan peranti
pengemudi supaya keseluruhan kombinasi BUKA/
TUTUP atau dimalapkan pada masa yang sama.
Perpasangan peranti pengemudi pada
produk anda
1. Sambungkan sekurang-kurangnya satu (1) produk
pada sesalur kuasa sebelum anda memulakan
perpasangan. Pastikan kuasa sesalur dihidupkan.
2. Cari simbol berpasangan pada pemacu LED.
Pegang peranti pengemudi dekat dengan simbol
berpasangan (tidak lebih daripada 5 cm jauhnya).
3. Tekan dan tahan butang berpasangan pada
peranti pengemudi selama sekurang-kurangnya
10 saat. Lampu LED merah akan menyala secara
berterusan pada peranti pengemudi. Produk
akan mula malap dan berkelip sekali untuk
menunjukkan bahawa ia telah berpasangan
dengan peranti pengemudi.
Cara untuk pengesetan semula induk
pemacu anda
Jika produk tidak bertindak balas atau jika anda
ingin nyahpasang produk daripada peranti
pengemudi, anda mungkin perlu melakukan
pengesetan semula induk. Unit ini terpaksa
membuat pengesetan semula induk dengan
menekan dan menahan butang kecil dengan
berhati-hati (bertanda RESET) dengan hujung
pen pada penutup pemacu LED dan mengenakan
sedikit tekanan.
PENTING!
• Produk ini adalah untuk kegunaan dalam
bangunan sahaja dan boleh digunakan pada suhu
antara 5 °C hingga 45 °C.
• Jangan biarkan produk di bawah cahaya matahari
langsung atau berhampiran mana-mana sumber
haba, kerana ia mungkin menjadi terlampau
panas.
• Julat radio yang diisytiharkan antara unit dan
peranti pengemudi diukur di udara terbuka.
• Bahan binaan yang berbeza-beza dan peletakan
unit boleh menjejaskan julat ketersambungan
tanpa wayar.
Arahan penjagaan
Untuk membersihkan unit, lap dengan kain lembut
yang kering.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih pelelas
atau pelarut kimia kerana ini boleh merosakkan
produk.
Servis produk
Jangan cuba memperbaiki produk ini sendiri,
kerana membuka atau menanggalkan sarung
boleh mendedahkan anda kepada titik voltan yang
berbahaya atau risiko-risko lain.
Simpan arahan ini untuk kegunaan pada masa
hadapan.
Data teknikal:
Jenis: ICPSHC24-30EU-IL-2
Input: 220-240 VAC, 50/60 Hz, 0.24A
Output: 24.0V DC
Jumlah beban maksimum: 1.25 A, 30.0 W
Julat radio: 10 m di udara terbuka.
Frekuensi pengendalian: 2400-2483.5 MHz
Kuasa output: 12 dBm
Sesuai sebagai pemalap untuk sumber cahaya:
Ya
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
12