Descargar Imprimir esta página

HyperIce Hypervolt Go 2 Instrucciones De Uso página 62

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 25
MS
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, KEBAKARAN
DAN KECEDERAAN DIRI ATAU KEROSAKAN HARTA BENDA, PERANTI
INI PERLU DIGUNAKAN MENGIKUT AMARAN, PERINGATAN DAN
ARAHAN KESELAMATAN BERIKUT.
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING - ARAHAN ASAL
Baca semua arahan sebelum menggunakan Hypervolt Go 2.
BAHAYA
Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik:
• Sentiasa cabut plag peranti ini daripada salur keluar kuasa elektrik dengan segera
selepas menggunakan dan sebelum membersihkan peranti.
• Jangan ambil peranti yang terjatuh dalam air. Cabut plag serta-merta.
• Jangan gunakan peranti semasa mandi atau di bawah pancuran air.
• Jangan letakkan atau simpan peranti di tempat yang boleh menyebabkan item
tersebut terjatuh atau tertarik ke dalam tab mandi atau singki. Jangan letakkan
atau jatuhkan peranti ke dalam air atau cecair lain.
AMARAN
Untuk mengurangkan risiko melecur, kebakaran, renjatan elektrik atau kecederaan:
• Peranti tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan semasa peranti disambungkan
kepada salur keluar kuasa. Cabut plag peranti ini daripada salur keluar kuasa
apabila tidak digunakan dan sebelum memasang atau menanggalkan bahagian
pada peranti.
• Jangan kendalikan peranti di bawah selimut atau bantal. Pemanasan yang
melampau boleh berlaku dan menyebabkan kebakaran, renjatan elektrik atau
kecederaan.
• Peranti ini boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke atas
dan orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan jika mereka diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini secara selamat dan memahami bahaya
yang mungkin berlaku.
• Gunakan peranti ini hanya untuk tujuan yang diterangkan dalam manual ini.
Jangan gunakan alat tambahan yang tidak disyorkan oleh pengilang.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti ini jika kord atau plag peranti rosak, jika peranti
tidak berfungsi dengan betul, jika peranti terjatuh atau rosak atau jika peranti basah.
Kembalikan peranti ke pusat servis untuk pemeriksaan dan pembaikan.
• Jangan bawa peranti ini dengan memegang pada kord bekalan atau
menggunakan kord sebagai pemegang.
• Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti dengan bukaan udara yang terhalang.
Pastikan bukaan udara bebas daripada lin, rambut atau sebarang bahan yang
boleh mengganggu aliran udara.
• Jangan sekali-kali jatuhkan atau masukkan objek ke dalam mana-mana bukaan.

Publicidad

loading