PERINGATAN
Bateri yang digunakan dalam peranti ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau
kecederaan melecur akibat bahan kimia jika dikendalikan dengan salah. Jangan
buka, panaskan bateri melebihi 100º C atau bakar bateri. Lupuskan bateri terpakai
dengan segera. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jangan pisahkan bahagian dalam
peranti dan jangan lupuskan peranti dalam api.
SIMPAN ARAHAN INI
Hypervolt Go 2 ialah peranti urutan perkusi pegang yang mengalirkan denyutan
tekanan yang disasarkan untuk penjagaan otot, mengurangkan ketegangan,
memberikan urutan santai, mencepatkan pemanasan dan pemulihan serta
membantu pengguna mengekalkan kefleksibelan dan kemampuan untuk
melakukan pelbagai gerakan.
PENGENDALIAN
Tekan butang kuasa/kelajuan di bahagian belakang peranti. Tahan butang selama
dua saat sehingga penunjuk paras bateri (jalur LED) menyala, kemudian lepaskan.
Hypervolt Go 2 anda kini sedia untuk digunakan. Pilih kelajuan yang anda kehendaki
(1-3) dengan menekan butang kuasa/kelajuan satu kali bagi setiap kelajuan. Lampu
putih di bahagian belakang peranti akan menunjukkan tetapan kelajuan. Untuk
mematikan kuasa, tekan dan tahan butang kuasa/kelajuan selama dua saat.
MENUKAR ALAT TAMBAHAN KEPALA
Hanya tukar alat tambahan selepas tetapan kelajuan dimatikan dan alat tambahan
kepala berhenti bergerak. Untuk menukar alat tambahan kepala, tarik keluar alat
tambahan kepala sedia ada secara lurus untuk menanggalkan alat tambahan
tersebut, kemudian masukkan kepala yang dikehendaki terus ke dalam bukaan
sambil menolak kepala dengan kuat.
MENGECAS
Caskan bateri sepenuhnya sehingga empat jam sebelum digunakan buat kali
pertama. Untuk mengecas, sambungkan hujung DC pengecas 18V yang dibekalkan
kepada port pengecasan di bahagian bawah pemegang dan sambungkan plag
pengecas kepada salur keluar kuasa pada dinding. Jalur lampu LED akan berdenyut
untuk menunjukkan paras bateri dan pengecasan aktif. Warna jalur lampu LED
sepadan dengan tahap pengecasan daripada merah (rendah) kepada hijau (dicas
sepenuhnya). Cas penuh ditunjukkan apabila jalur LED kekal hijau dan menyala
sepenuhnya. Bateri boleh dicas semula pada bila-bila masa dan pada sebarang
paras bateri. Anda tidak disyorkan untuk menggunakan bateri sepenuhnya
sehingga paras LED merah. Masa penggunaan purata ialah 2+ jam bergantung
pada tahap kelajuan dan tekanan yang dikenakan semasa menggunakan peranti.
Anda disyorkan untuk OFF (MATIKAN) peranti semasa peranti tidak digunakan atau
ketika penyimpanan dan dalam perjalanan.
PEMBERSIHAN DAN PENYIMPANAN
Pastikan kuasa OFF (DIMATIKAN) dan pengecas bateri tidak dipasangkan. Lap
Hypervolt Go 2 anda dengan lembut menggunakan kain yang lembap dan bersih.
Simpan peranti di tempat yang bersih, sejuk dan jauh daripada cahaya matahari
langsung apabila tidak digunakan.