Descargar Imprimir esta página

HyperIce Hypervolt Go 2 Instrucciones De Uso página 63

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 25
• Jangan gunakan peranti di luar bangunan.
• Jangan kendalikan peranti di tempat peranti aerosol (semburan) digunakan atau
di tempat pengendalian oksigen.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti pada permukaan lembut seperti tempat
tidur atau sofa yang mungkin menyekat bukaan udara.
• Jangan gunakan peranti berdekatan pakaian yang longgar atau barang kemas.
• Jauhkan rambut panjang daripada peranti semasa digunakan.
• Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
• Jangan keluarkan skru atau cuba membuka peranti.
• Jangan kendalikan peranti secara berterusan lebih daripada satu jam. Selepas
menggunakan peranti selama satu jam, rehatkan peranti selama 30 minit
sebelum digunakan semula.
• Cabut plag peranti selepas mengecas atau sebelum digunakan.
• Gunakan peranti mengikut Arahan Pengendalian.
• Apabila menggunakan Hypervolt Go 2, gunakan peranti pada permukaan badan
yang kering dan bersih sahaja dengan menekan sedikit peranti dan menggerakkan
peranti pada bahagian badan yang berkenaan selama lebih kurang enam puluh
(60) saat bagi setiap bahagian badan. Hypervolt Go 2 hanya boleh digunakan
pada bahagian badan yang bertisu lembut dan tidak boleh digunakan pada
mana-mana bahagian badan yang keras atau bertulang termasuk kepala. Sila
berhenti menggunakan Hypervolt Go 2 serta-merta apabila mengalami sebarang
kesakitan atau ketidakselesaan, selain kesakitan ringan pada otot. Tanpa mengira
tetapan tekanan, penggunaan Hypervolt Go 2 boleh menyebabkan lebam dan
jika hal ini berlaku, anda tidak boleh menggunakan Hypervolt Go 2 pada bahagian
yang lebam sehingga lebam sembuh sepenuhnya. Penggunaan Hypervolt Go 2
juga perlu dielakkan pada semua lebam, kontusi, ruam atau bahagian kulit yang
mengalami kerengsaan atau cedera sehingga kulit sembuh sepenuhnya. Apabila
menggunakan Hypervolt Go 2, pastikan anda menjauhkan jari tangan, jari kaki,
rambut dan bahagian badan yang lain daripada bahagian belakang kepala alat
tambahan untuk mengelakkan kecederaan akibat tersepit atau rambut terbelit.
Hypervolt Go 2 bertujuan untuk dicas dengan kord USB-C Hyperice yang disediakan
atau oleh USB 5V. Jangan cas Hypervolt Go 2 semalaman atau membiarkan
Hypervolt Go 2 tanpa pengawasan semasa mengecas atau digunakan. Gunakan
hanya dengan Bekalan Kuasa ITE Disenaraikan/Disahkan.
Jangan gunakan Hypervolt Go 2 atau sebarang peranti perkusi tanpa mendapatkan
kelulusan daripada doktor anda dahulu jika mana-mana perkara berikut berkaitan
dengan anda:
• Kehamilan, diabetes dengan komplikasi seperti neuropati atau kerosakan retina,
memakai perentak jantung, pembedahan atau kecederaan baru-baru ini, epilepsi
atau migrain, hernia cakera, spondilolistesis atau spondilosis, penggantian
sendi atau pemasangan IUD, pin atau plat logam baru-baru ini atau sebarang
kebimbangan tentang kesihatan fizikal anda. Individu yang lemah dan kanak-
kanak seharusnya ditemani oleh orang dewasa semasa menggunakan sebarang
peranti perkusi atau getaran. Kontraindikasi ini tidak bermaksud anda tidak boleh
menggunakan peranti perkusi atau getaran tetapi kami menasihatkan agar anda
merujuk kepada doktor anda sebelum berbuat demikian. Penyelidikan yang
berterusan sedang dijalankan terhadap kesan urutan perkusi untuk gangguan
perubatan khusus yang boleh menyebabkan pemendekan senarai kontraindikasi
seperti yang ditunjukkan di atas.
Hypervolt Go 2 mengandungi bateri yang mesti dilupuskan dengan selamat
di kemudahan pembuangan atau kitar semula e-sisa yang sewajarnya.

Publicidad

loading