dengan sarung apabila dibiarkan di luar bangunan,
tanpa mengira berapa lama ia berada di luar,
terutamanya ketika bulan musim sejuk.
• Sebelum barbeku disimpan, pastikan semua baki abu
atau arang dibersihkan.
Beg: Kesan kotoran yang sedikit boleh ditanggalkan
menggunakan pencuci tekstil atau span lembap atau
larutan sabun lembut.
AMARAN
Kegagalan untuk membaca dan mengikuti manual
dan amaran keselamatan yang terkandung di dalam
ini mungkin boleh mengakibatkan kecederaan fizikal
yang serius atau kematian, atau kebakaran atau
letupan yang menyebabkan kerosakan harta benda.
Simbol keselamatan (
maklumat keselamatan yang penting.
Produk ini untuk KEGUNAAN LUAR SAHAJA. JANGAN
SESEKALI gunakan di ruang tertutup seperti bangsal
kereta, garaj, beranda, laman berbumbung atau di
bawah apa jua jenis struktur atas.
Jangan terlebih isi dulang arang dengan arang atau
membiarkan arang menyentuh badan barbeku.
Barbeku ini hendaklah dipasangkan pada paras
dasar yang kukuh sebelum digunakan.
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang
panas dengan tangan yang yang tidak dilindungi.
Jangan gunakan di dalam.
-Jika digunakan di dalam, wasap toksik boleh
terkumpul dan menyebabkan kecederaan fizikal atau
kematian.
Hanya gunakan hanya di luar di dalam kawasan
yang cukup diudarakan. Jangan guna di dalam
garaj, bangunan, ruang lega atau mana-mana
kawasan yang tertutup.
Sentiasa gunakan sangga dawai seperti yang
ditunjukkan di dalam arahan pemasangan semasa
memasak.
PERHATIAN! Berbeku ini tidak harus digunakan di
bawah binaan atas yang mudah terbakar.
AMARAN! Barbeku ini akan menjadi sangat panas.
Jangan cuba untuk memindahkannya semasa ia
sedang digunakan.
AMARAN! Jauhkan daripada kanak-kanak dan
haiwan peliharaan.
Sebarang pengubahsuaian pada barbeku ini boleh
mendatangkan bahaya.
Jangan biarkan barbeku ini tanpa jagaan semasa
sedang digunakan.
Sentiasa ikuti arahan penjagaan dan penyenggaraan
- dan kerap senggara barbeku anda.
Semasa menempatkannya, pastikan barbeku
berjarak minimum 1 meter daripada benda atau
struktur mudah terbakar.
Jangan tambahkan cecair nyala atau arang yang
telah menyerap cecair tersebut pada arang yang
hangat atau panas.
Jangan keluarkan abu sehingga semua arang
hangus dan barbeku tersebut sejuk sepenuhnya.
54
) akan memberitahu anda
Jangan memakai pakaian berlengan panjang atau
longgar apabila menggunakan barbeku.
Jangan gunakan barbeku ketika angin bertiup kuat.
Jangan sentuh barbeku dengan tangan anda untuk
memeriksa jika ia panas.
Jangan masukkan semula barbeku dan landas
cencang ke dalam beg sehingga barbeku benar-
benar sejuk.
Jangan gunakan air untuk mengawal nyalaan atau
untuk memadamkan arang.
Sentiasa padamkan arang apabila anda selesai
memasak.
Sarung tangan barbeku haruslah sentiasa digunakan
ketika memasak, menyalakan atau melaraskan
pengudaraan dan ketika mengendalikan barbeku.
Gunakan peralatan barbeku yang betul ketika
memasak.
J angan buang arang yang panas di kawasan yang
boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Jangan simpan atau menutup barbeku sehinggalah
barbeku sejuk sepenuhnya.
Barbeku ini tidak direka bentuk untuk penggunaan
di kenderaan rekreasi atau bot.
Barbeku ini tidak boleh digunakan sebagai pemanas.
Jangan guna barbeku di ruang yang terkurung dan/
atau dihuni cth. rumah, khemah, karavan, rumah
bergerak, bot. Bahaya kematian akibat keracunan karbon
monoksida.
Sebelum menggunakan landas cencang untuk kali
pertama.
Bilas dengan air panas dan bahan pencuci yang tidak
begitu kuat sebelum digunakan.
Agar mudah untuk melindungi landas cencang anda
daripada gris dan untuk menambahkan ketahanan
semula jadinya terhadap lembapan, ia perlu dirawat
dengan minyak yang sesuai dengan makanan. Sebagai
contohnya minyak sayuran. Sapu minyak sekali, lap baki
minyak dan kemudian ulang rawatan selepas 24 jam.
Menjaga landas cencang anda
Bahagian kayu dan logam boleh diasingkan agar mudah
dicuci. Dulang logam perlu dicuci dengan cucian tangan.
Bersihkan landas cencang anda dengan mengelap
menggunakan kain bersih atau memberusnya. Jangan
rendam atau biarkan landas cencang terkena air untuk
jangkamasa yang lama. Ini boleh menyebabkan kayu
merekah.
Keringkan landas cencang dengan teliti tetapi jangan
gunakan suhu yang tinggi untuk mempercepatkan proses
pengeringan.
Untuk memulihkan semula landas cencang, gosok
menggunakan kertas pasir sederhana halus dan
minyakkan semula.