• Minyak enjin memberikan kesan ketara terhadap prestasi enjin dan merupakan faktor utama
yang menentukan hayat perkhidmatan enjin. Anda disyorkan supaya menggunakan minyak
yang sesuai untuk enjin kereta empat lejang serta memenuhi atau menjangkaui piawaian SJ
mengikut klasifikasi API. Biasanya, gred API dipaparkan pada bungkusan botol minyak enjin.
Pastikan SJ atau gred yang lebih tinggi tertera. Jenis minyak enjin yang disyorkan ialah SJ 10W-
40.
• Untuk mengelakkan kerosakan terhadap alam sekitar, anda disyorkan supaya menyimpan
minyak enjin terpakai dalam bekas dan menghantar bekas tersebut ke pusat kitar semula
yang khusus. JANGAN buang minyak enjin terpakai bersama sisa isi rumah biasa, di atas
tanah atau ke dalam longkang pembetung.
Memeriksa dan Membersihkan Bahagian Penapis Udara
1. Tanggalkan penutup penapis udara dan keluarkan bahagian penapis
span. Bersihkan bahagian penapis span dengan teliti menggunakan
agen pencuci atau air suam dan keringkan penapis itu di bawah
sinaran matahari. Bersihkan habuk di dalam bekas penapis dan
gunakan agen pencuci karburetor untuk membersihkan minyak
enjin pada penutup dan lap bekas penapis itu sehingga kering.
2. Periksa sama ada permukaan bahagian penapis kertas bertukar
basah dengan minyak enjin. Jika bahagian penapis kertas dibasahi
minyak enjin, hubungi pengedar sah DJI atau Sokongan DJI untuk
menggantikan bahagian penapis kertas. Jika bahagian penapis
kertas tidak perlu digantikan, ketuk penapis itu dengan lembut di
atas tanah untuk menghilangkan sebarang habuk dan serpihan.
Bersihkan habuk di dalam bekas penapis dan gunakan agen pencuci
karburetor untuk membersihkan minyak enjin pada penutup dan lap bekas penapis itu sehingga
kering.
3. Pasang bahagian penapis kertas dan bahagian penapis span ke dalam penapis udara serta pasang
semula penutup pada tempatnya.
• Gantikan bahagian penapis span jika bahagian tersebut rosak sewaktu pembersihan.
• JANGAN gunakan peniup udara atau udara termampat untuk membersihkan bahagian
penapis kertas kerana hal ini boleh menyebabkan kerosakan pada pori saluran masuk
bahagian tersebut.
Membersihkan Perangkap Pencucuh
1. Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan empat skru serta
penutup pelindung. Keluarkan perangkap pencucuh.
2. Periksa perangkap pencucuh. Cuci perangkap itu dengan agen
pencuci karburetor serta buangkan kerak menggunakan berus
dawai. Gantikan perangkap jika rosak.
3. Pasangkan perangkap pencucuh yang telah dibersihkan atau yang
baharu dan ketatkan skru.
62
Bahagian Penapis Kertas
Bahagian Penapis Span