Philips RESOIRONICS InnoSpire Essence Manual Del Usuario página 70

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 29
1. Tiub nebulizer
2. Mulut nebulizer
3. Set pemegang nebulizer
4. Pemegang nebulizer
5. Suis kuasa On/Off
Arahan untuk penggunaan
InnoSpire Essence
Penting: Baca arahan-arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan alat ini. Jika anda mempunyai
sebarang soalan atau masalah berkaitan produk ini, sila hubungi pembekal penjagaan kesihatan
anda atau Khidmat Pelanggan Philips Respironics di +1 724 387 4000.
Maklumat am
Tujuan penggunaan: Tujuan produk ini adalah untuk membekalkan sumber udara dimampat bagi
tujuan perubatan. Ia perlu digunakan bersama nebulizer pneumatik (jet) bagi menghasilkan partikel
aerosol dalam perubatan untuk terapi pernafasan bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
AMARAN-AMARAN
Guna alat ini untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan dalam manual
1
arahan iaitu sebagai sistem pemampat nebulizer untuk terapi aerosol. Ikut arahan-arahan
doktor anda. Sebarang kegunaan lain adalah disifatkan sebagai kegunaan yang salah dan mungkin
berbahaya. Pengilang alat ini tidak boleh dipertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang
diakibatkan oleh penggunaan yang tidak betul, salah atau tidak patut, atau jika unit ini disambung
kepada pemasangan elektrikal yang tidak mematuhi undang-undang keselamatan.
• Adalah digalakkan memiliki alat sokongan (contohnya MDI atau pemampat berkuasa bateri)
untuk memeberi pernafasan sekiranya berlaku situasi di mana nebulizer ini tidak dapat
digunakan (contohnya jika bekalan elektrik terputus atau jika pemampat anda tidak dapat
berfungsi atas sebarang sebab tertentu).
• Jika alat ini telah berada dalam keadaan tidak boleh beroperasi, biarkan ia kembali ke
spesifikasi operasi normal sebelum digunakan semula.
• Sebarang cecair yang tumpah ke atas atau dalam unit ini perlu dibiarkan kering sebelum beroperasi.
Sila simpan manual ini untuk rujukan anda di masa hadapan.
2
Guna produk dalam persekitaran yang bersih; iaitu persekitaran yang bebas kotoran, habuk, bulu
3
haiwan peliharaan, dll.
Elak menggunakan alat ini berhampiran bahan-bahan mudah terbakar, atau di kawasan terdapat
4
kehadiran campuran anesthetik mudah terbakar dengan udara, oksigen atau nitrus oksida.
Dilarang mengubahsuai alat ini.
5
138
6. Bukaan udara pemampat
7. Penapis udara
8. Saluran keluar udara pemampat
9. Saluran masuk udara untuk penapis
Semasa digunakan, normal bagi alat ini terasa suam jika disentuh.
6
Jangan disusun pemampat ini secara bertindih bersama peralatan lain.
7
Maklumat elektromagnet: Peralatan mudah alih dan komunikasi RF seperti telefon bimbit, alat
8
keloi, dll, boleh mengganggu operasi pelengkapan perubatan elektrik. Untuk tujuan ini, pemampat
anda perlu ditempatkan jauh daripada peralatan-peralatan tersebut bagi mengelak gangguan. Alat
ini memenuhi piawai IEC60601-1-2 untuk kesesuaian elektromagnet (EMC). Helaian-helaian data
EMC boleh diperolehi daripada khidmat pelanggan Philips Respironics di +1 724 387 4000.
Sekiranya alat ini gagal berfungsi dan/atau tidak berfungsi dengan betul, baca bahagian
9
"Penyelesaian masalah". Jangan buka sarung pemampat kerana produk ini tidak boleh diservis.
Fungsi sebenar alat ini akan terjejas jika alat-alat ganti yang asal (seperti penapis) tidak digunakan.
10
Bagi mengurangkan risiko kejutan elektrik, JANGAN BUKA PEMASANGANNYA.
11
12
Alat ini adalah untuk kegunaan berselang seli 30 minit dipasang/30 minit dimatikan. Kegagalan
13
mengguna dan mengendalinya dengan cara yang betul boleh menyebabkan alat ini rosak.
Jangan guna alat ini tanpa penapis.
14
Apabila menggunakan sebarang peralatan elektrik, langkah-langkah keselamatan tertentu yang
15
penting mesti sentiasa dipatuhi, termasuk yang berikut:
• Guna hanya aksesori dan komponen asal yang diberi oleh pengilang;
• Jangan sekali-kali menenggelamkan unit ini dalam air kerana ia tidak mempunyai fungsi perlind
ungan daripada dimasuki air;
• Jangan sekali-kali menyentuh unit ini semasa tangan anda basah atau lembap;
• Jangan tinggalkan unit ini di luar bangunan;
• Letak di atas permukaan yang stabil dan datar semasa beroperasi;
• Pastikan bukaan untuk pengaliran udara tidak tersumbat;
• Jangan benarkan kanak-kanak atau individu kurang upaya menggunakan unit ini tanpa
pengawasan;
• Jangan matikan unit ini dengan mencabut terus palam dari punca tenaga elektrik
• Jangan guna dalam litaran pengalih udara;
• Jangan guna jika terdapat retakan atau alat telah rosak.
Pastikan kadar elektrik yang ditunjukkan pada label pengkadaran yang terletak di bahagian bawah
16
unit sama dengan voltan utama dan frekuensi anda sebelum palam dipasang.
Jangan guna sebarang adapter, tunggal atau berbilang, dan/atau kord penyambung.
17
Jangan tinggal unit dengan palam terpasang apabila tidak digunakan. Cabut palam alat ini dari
18
sumber elektrik apabila tidak beroperasi.
BAHASA MELAYU
139

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido