Patuhi arahan-arahan pengilang untuk pemasangan alat ini. Pengilang tidak boleh
19
dipertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh pemasangan yang
tidak betul.
Kord bekalan kuasa elektrik tidak boleh diganti oleh pengguna.Jika kord bekalan elektrik rosak,
20
hubungi bahagian khidmat pelanggan Philips Respironics untuk mendapatkan alat ganti. (tidak ada
pilihan untuk servis).
Sebelum memulakan apa-apa kerja pembersihan atau penggantian penapis, cabut palam dari
21
punca utama bekalan elektrik.
Sesetengah komponen berukuran kecil dan boleh ditelan oleh kanak-kanak. Jangan biarkan
22
kanak-kanak mendekati unit ini tanpa diawasi.
Jika anda tidak lagi menggunakan alat ini, buang mengikut undang-undang tempatan yang
23
berkuatkuasa.
Ingat untuk:
24
• Guna alat ini hanya dengan ubatan yang diberi oleh doktor anda;
• Guna aksesori yang disyorkan oleh doktor anda.
Arahan untuk penggunaan
Keluarkan pemampat dari sarung jika diberi sebelum digunakan.
Setelah alat dikeluarkan, periksa pemampat dan aksesori bagi memastikan tiada kerosakan
1
yang ketara atau kecacatan seperti retakan pada sarung plastik yang boleh mendedahkan
komponen-komponen elektrik. Hubungi khidmat pelanggan Philips Respironics atau pengedar
produk anda bagi melaporkan mana-mana produk yang rosak
Semasa menjalankan rawatan, duduk tegak dan rehat.
2
Pasangkan palam pemampat ke punca bekalan elektrik.
3
Rujuk kepada arahan-arahan untuk menggunakan nebulizer dan aksesori sebelum
4
memulakan rawatan.
Untuk memulakan rawatan, hidupkan alat ini dengan menekan suis ON/OFF ke posisi "I".
5
Apabila rawatan telah selesai, matikan suis unit dengan menekan suis ke posisi "O" dan cabut
6
palam dari punca bekalan elektrik.
Alat ini adalah untuk kegunaan berselang seli 30 minit dipasang/30 minit dimatikan.
Kegagalan mengguna dan mengendalinya dengan cara yang betul boleh menyebabkan alat
ini rosak.
140
Pembersihan dan penyelenggaraan
Semasa pembersihan, pastikan kord elektrik tidak disambung ke punca
bekalan elektrik.
Pembersihan pemampat, nebulizer dan aksesori
Guna kain lembap untuk mengelap bahagian luar pemampat sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Rujuk pada arahan-arahan nebulizer dan aksesori untuk digunakan semasa pembersihan aksesori
dan nebulizer.
Penggantian nebulizer
Nebulizer dan aksesori-aksesori lain perlu diganti berpandukan arahan-arahannya.
Penggantian penapis
Penapis perlu diganti apabila ia kelihatan berubah warna atau basah.
Penyelesaian masalah
Alat tidak boleh dihidupkan
• Pastikan palam dipasang kemas ke punca bekalan elektrik.
Jika berlaku kerosakan fungsi (tekanan dan aliran tidak mencukupi) matikan unit selama 10 saat dan
kemudian hidupkan semula.
Selepas setiap pembersihan, periksa untuk memastikan unit ini boleh berfungsi dengan baik
dengan cara mengesahkan bahawa udara masih keluar melalui corong apabila suis unit diubah ke
posisi "ON".
Cubaan memperbaiki alat ini tanpa kebenaran akan membatalkan jaminan.
Jika alat ini tidak berfungsi dengan baik selepas langkah-langkah penyelesaian masalah telah
dicuba, hubungi pengedar produk anda yang diiktiraf atau Khidmat Pelanggan Philips Respironics
di +1 724 387 4000.
Penyelenggaraan dan pembaikan
Dilarang membuka alat ini. Tidak ada komponen yang boleh diperbaiki dalam unit ini. Pemampat ini
tidak memerlukan pelincir atau penyelenggaraan.
BAHASA MELAYU
141